Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, November 13, 2011

Surprise surprise

Tengahari tadi balik rumah terus nampak sesuatu yang bercahaya datangnya dari meja makan. Bila datang dekat, maunya tak melompat girang tengok idaman kalbu depan mata.

Hilang penat lelah seharian travel Singapura-JB-Larkin-KL. Dengan KTM rosak, perempuan biadap yang buat darah naik, bermacam perangai orang atas bas! Balik nampak pulak incik IPad 2

*tersenyum lebarrrr*

TQ papa for the ' Idaman Kalbu thingy! '

So boleh la terus beli Nikon lepas ni yeay!

Sunday, May 30, 2010

Babysitting Lyssabelle

Alyssa Isabel Nur Aman dalam hari :)

untuk beberapa minggu yang lepas, setiap hari selasa dan khamis adalah hari paling membakar kalori.hari menjaga LYSSABELLE. ehe. hari hari lain i hanya melepak, membuang masa, dan golek golek selain dari membuat kerja suri rumah.


Kepoh dengan Mr. Lion

Dalam troli kat Carrefour, sibuk 'hai hai' kat orang.ehee

setiap pagi hari selasa dan khamis, Lyssabelle lah yang jadi alarm clock i. i selalu bangun around 10am, sebab malam-malam jadi burung hantuu :) Lyssabelle akan datang dalam jam 9am, terus meluru ke bilik belakang dengan jalan terkedek-kedek ala-ala Donald Duck, kacau i kat atas katil. Kalau kacau je takpe, ada 2 3 kali jugak i kena tampar dengan Lyssabelle -_-" hissh sabar je laa.Lyssabelle panggil semua orang 'B' hee comel kan.


Another pose :)

Focus Focus ><

orang main FB, dia pun nak.

so bila mummy dia dah peluk cium geletek maen kejar kejar semua ahh not forgetting bagi barang-barang Lyssabelle yang sampai 3 bags padahal nak duduk like 3 4 hours only, mummy dia pun blahh.Lyssabelle pun melalak, macam kena dera. tak cukup dengan itu, hish habis mengamuk bersepah semua. tapi nak bagi diam, pasang Upin & Ipin, confirm diam. IT NEVER FAILS *wink*


watching her Playhouse Disney

Slurpee Yummehh! :D

i pun dengan senang hatinya buat kerja di dapur, memasak, basuh pinggan sidai baju di belakang. Satu perangai Lyssabelle;si penakut! Setiap 15 minit, Lyssabelle akan ke dapur just to check on me. Nanti dia intai dari pintu dapur dan cakap 'B?' as for, 'are you there?' dan i akan menyahut 'ya' so dia dengan akan ke depan semula dan terus menonton Upin & Ipin.


kecik kecik dah posing macam model

Then bagi Lyssabelle lunch, which is Nasi with soup. Then dia main main sekejap. Bagi dia minum susu, sambil tidurkan dia. Nak tidurkan Lyssabelle, macam nak pergi PERANG! susah betul. It takes like an hour just to make sure she fall asleep. Telinga pula macam telinga gajah. peka semacam. Bila dia tidur, i pun confirm tidur, sebab penat nak tidurkan dia ehe. Kalau dia tak tidur pun, i bukak channel Playhouse Disney, confirm dia layan sampai terlelap. So, i dah pro dengan Playhouse Disney punya cartoons; Special Agent OSO, Handy Manny, Dibo the Gift Dragon etc etc. haha. kadang kadang i gelak sorang-sorang je sebab i tau cartoons kat Playhouse Disney which is very very rare remaja macam i tau eheh :)

Lepas Lyssabelle bangun, its bath time, which is her favorite thing, bermain air. Dengan i sekali basah kuyup. Orang nak mandikan dia, dia sibuk nak berenang. So cute! Sibuk nak pegang shampoo, shower gel, shower tu pun sibuk nak pegang. Then siap siap tunggu mummy datang. Kadang kadang Lyssabelle akan mintak 'Tu Tu'; i confuse dia nak Upin Ipin (True True True) or Susu. Cepat laah cakap betul betul budak kecik ni :)

Mummy Lyssabelle kena cari babysitters lain lepas ni.Cynaz dah nak start school at KLMU.i pulak hari Selasa dah nak mula kerja.sekejap je i cuti, konon konon baru ingat nak lepak-lepak dua tiga bulan sebelum mula kerja, tapi rezeki dah sampai.lagipun i perlukan duit.I HAVE NEEDS (or lust).bahahahahaaa :D

Wednesday, May 26, 2010

Seorang Sulung

Entri hari ini mungkin dipengaruhi emosi. Selepas cat fight grrr! dengan adik, baru terasa tanggungjawab anak sulung itu tidak mudah -.-" dan akhirnya mengadu dengan mama, betapa sudah tidak laratnya membawa status anak sulung!

Me: ma, im tired of being the eldest. can i retire?
Ma: hah? you cant. come on it cant be that bad.
Me: well, it kinda sucks.
Ma: atleast, you have sisters to support you. Im thankful that i have all daughters. That is something that make me think that i would not have to deal with daughter-in-laws creepy attitudes.
Me: hahaha. that is so trueee!

rupanya mama risau dengan karenah menantu perempuan.katanya menantu lelaki tidak banyak songeh.hmph mungkin betul.lelaki cool;perempuan not so cool lagi-lagi bila she's not one of our kind and trying real hard to blend in :p

so rasanya i akan cuba lagi untuk menjadi anak sulung yang baik.dengan 3 orang adik i yang tengah membesar dan rasanya dalam fasa yang semuanya harus dipantau,i kena kuatkan diri untuk buat semuanya.mama papa of course sibuk bekerja.so, i akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi role model dan kakak yang memahami.

Dulu rasanya, menyesal dan tak suka jadi anak sulung. Tapi sekarang seronok jadi anak sulung.

Kalau dulu, semuanya i kena buat.Kakak, tengok adik tu, dia nak makan OR Kakak, cebokkan adik tu. Heh stress semuanya KAKAK.
Sekarang, i balas dendam! tehehehe.Adik, buatkan akak air oren OR adik, gosokkan tudung akak hah amek kau hahaha

Kalau dulu, anak sulung kena mengalah.Ala, bagi je la kat adik OR Akak, nanti mama beli yang lain untuk akak okay heeee tak suka.
Sekarang, i dah tak nak mengalah.kalau mama papa beli apa-apa for all 4 of us, i get the honour cewaahh to choose first weehuuu!

Lepas tu, kalau mama masak kat dapur, heh siapa lagi jadi co-cook ohh bukan,bibik untuk cuci pinggan mangkuk dan tukang potong bawang sayur lada etc etc.tentulah kakak! adik-adik melepak depan TV sampai lebam.

Kena tolong adik-adik buat kerja sekolah.i jugak.Cynaz pun dah habis sekolah kenapa i yang dah 5 tahun tingalkan sekolah yang kena ajar *sigh dengan Folio Kajian Tempatan yang memang tak ingat apa-apa pun.Tu belum masuk sains lagi.Kalau sains pasal manusia ingat jugak, kena pasal tumbuhan, memang menganga nak menjawap hehehe

Sekarang ni, dah ada lesen kereta,yang ambil hantar adik-adik semua dah jadi kerja kakak.Nak keluar pergi reunion pun kakak hantar.Hai nasib baiklah i sayang adik-adik i yang kadang-kadang annoying. Anything for you guys :)

i left home since i was in Form 4, pergi boarding school.And sekarang i dah 22 tahun,baru i fulltime dekat rumah.6 tahun hidup macam biskut chipsmore,kejap ada kejap takde.So, bila i rasa nak marah kenapa i kena buat all these things,i akan ingat yang i need to top up those 6 years!


Saturday, May 1, 2010

Mak Sakit :'(



malam semalam tepat jam 12.00 am, mak was admitted into General Hospital KL. dan macam biasa, pagi tadi baru our family got to know. damn, i was sooooooo pissed off lah. bila pergi, dari jauh dah nampak kerabat mak, ramai gilaa ouhh. rasa macam hari raya pulak haha. raya pun tak ramai macam ni. unluckily, mak was on nebulizer, so mak macam mabuk-mabuk sikit dan tak kenal anak menantu cucu yang datang melawat.

mak was admitted because of asthma. a very bad one i guess. heh. rindu la kat mak. esok i nak duduk lepak dengan mak lama-lama. tadi tak sempat nak borak-borak. mak kena kepung dengan anak menantu kesayangan. and i, lebih suka duduk kat luar wad, sebab sesak panas tak sampai hati tengok orang-orang sakit dalam wad rasa nak menangis.

ciqa doakan mak cepat sembuh, semoga lebih sihat than before. i need to learn more URDU from you, mak♥


ohh ya, mak itu nenek i sebenarnya :)


Makan Besar

hello. i baru balek merayap dari wangsa walk mall :) betol-betol bijaksana siapa yang bina mall dekat dengan rumah i. lepas ni i boleh pegi date late night movie in pyjamas haha. semuanya ada, kedai makan, affordable shops, bowling, karaoke, gadget shops, bowling, and of course WAYANG! hehe

hari ni makan besar dengan whole family. well, kami selalu makan luar (tapi tidak selalu makan besar). sebab kesian kat mama, tiap-tiap hari nak masak sampai kering idea hehe. makan besar - only for special occasions, birthday celebration, good academic achievement etc etc.

bila teringat balik, dah lama tak makan besar, the last time was Dec 2009, sebelum papa sakit. lepas papa sakit, semua orang macam busy and lupa. all the attention was to papa and his health. birthdays pun tak celebrate. heh. tadi makan besar untuk birthday orang bulan Februari & April. well, at least ada lah celebration kan :) penat i tunggu~

the dinner was on Mama (thank you mama!) kami makan di Restoran Abdullah Chan. Sedap! Macam biasa,kami adik-beradik tak cerewet makan, so makan hidang, mama pilih menu. IKAN SIAKAP SWEET SOUR, BUTTER PRAWN, TOMYAM SUP, KAILAN IKAN MASIN etc etc. memang sedap! I suka tomyam; memang kick-ass lah :D selalu kami lagi gemar ke kedai yang hidangkan makanan melayu; walaupun disogok dengan TGI Fridays. dah mual dengan westerns ;)

i tak sempat nak capture gambar, sebab everyone was hungry, bila waiter kacak datang bawak makanan, semua memandang dengan rakus haha. muka lapar! mungkin i akan pergi ke sana lagi, sebab butter prawns sangat enak! (dan waiter juga sangat enak dilihat hahaha) iskh. habislah diet i :(

Wednesday, April 28, 2010

I nak kahwin ;)

Me: eh, mama nak renovate rumah lagi? Kan baru je buat hari tu.

Cynaz: a’ah. Orang dengar mama & papa borak cakap nak renovate. Nanti senang nak buat kenduri kahwin kat rumah. Tadek lah berlaga-laga makcik-makcik merewang nanti.

Me: heheheee.*cuak* siape yang nak kawen tu; beriya nak renovate rumah ni?

Kahwin. Hehh. Seram sejuk I bila I diajukan soalan sebegini. Dulu mungkin ade makhluk melonjak-lonjak dalam jiwa bila bicara tentang kahwin. Dulu lahh kan, zaman muda-mudi galak bercintaa kan. Tapi now, I sedar, kahwin tu bukan sebab nak best je. *giggles ;) dah penat tatao nak jawap ape bila orang tanya. Last skali senyum je la yang mampu.

With marriage, comes great responsibilities (okay I cilok Spiderman punya motto.tehee) I percaya hanya cinta tak cukup nak kukuhkan sesebuah perkahwinan (oyeahhh now im talking) mungkin bila hidup berdua tak rasa bezanya dari bercinta sebelum berkahwin. Masing-masing buat hal sendiri. Yang bezanya, tiap-tiap pagi OMG! I akan terkejut sebab ada lelaki KACAK tidur sebelah I hahaha. Dan juga bila basuh baju, macam ada double load than usual lah :)

But then, bila dah ada orang baru, kena ada rasa untuk bertanggungjawab, bertolak-ansur, PENYABAR, dan yang penting, kena makan extra supplement sebab confirm akan pancit handle anak kan? Okay okay, maybe you guys cakap, ‘eleh minah ni pandai pulak nak bersyarah bab kahwin padahal boyfriend pun tadek’ sob sob T.T I just nak share, nasihat mama I, mama I yang kahwin muda, 23 tahun dah jadi isteri orang. Iskh. Kalau ikut perhitungan laa kan, I 23 years old next year (but sorry mama, lambat sikit ehh yang tu, I have DREAMS! heh)

Tapi one thing pasal mama, mama cool je. Tak penah nak pokpek pokpek pasal kahwin ni. Cuma banyak bagi advice, yelah since anak dara dia dah 22 tahun,rasanya dah banyak ilmu yang perlu diturunkan kan mama? Ehehe. Satu lagi statement mama yang I memang support 100%, ORANG DULU-DULU KAHWIN MUDA, TAPI MATANG, SO KEKAL. ORANG SEKARANG, KAHWIN MUDA, NAK SERONOK JE, LEPAS TU CERAI; TAK MATANG LANGSUNG. Macam kahwin main-main.

Tuesday, February 9, 2010

Mama;ibu;mak;ami




i have all;mama-ibu-mak-ami.you know, tadi dekat LRT;tengah tunggu mama, i checked my phone.ade like 4 miscalls from ibu.*tulah, dalam train sibuk maen mata dengan mat salleh kacak bergaya kan, sampai tak dengar ;)

so i called ibu back;

ibu: haa ciqa, nape tak angkat ibu call?
ciqa: dalam train la ibu. nape ibu call?
ibu: ibu nak tanye papa ade kat ward atau tak? ke dia pegi buat fisio?
ciqa: tatao la plak.cube ibu call mama.

my last sentence really really attract a few stranger nearby.hahaha.
*ibu?mama?berapa mak la budak ni ade ehh?

literally, i only have on mom;mama.psttt, i love u mom, always do ;)
ibu is my aunt;my sisters and i panggil dia ibu since dia takde family sendiri.we love her!
ami (means mother in urdu),juga makcik i.somehow, i sayangggg sangat kat dia.ami did a really great job in raising me.thank you ami.

mak? of course ada ;p mak itu panggilan untuk nenek i.why mak?long story short okay.my dad is the youngest among his siblings.papa & the first grandchildren, abg yos; like only ten years different.so bila papa panggil mak 'mak', abg yos pun sesuka hati panggil mak 'mak'jugak.and it goes on until today.hahaa.

kami tengah training si comel alyssa;cicit mak, untuk panggil mak dengan panggilan 'nani' (means grandma in urdu)

i heart the mums ;)