Wednesday, April 28, 2010

I nak kahwin ;)

Me: eh, mama nak renovate rumah lagi? Kan baru je buat hari tu.

Cynaz: a’ah. Orang dengar mama & papa borak cakap nak renovate. Nanti senang nak buat kenduri kahwin kat rumah. Tadek lah berlaga-laga makcik-makcik merewang nanti.

Me: heheheee.*cuak* siape yang nak kawen tu; beriya nak renovate rumah ni?

Kahwin. Hehh. Seram sejuk I bila I diajukan soalan sebegini. Dulu mungkin ade makhluk melonjak-lonjak dalam jiwa bila bicara tentang kahwin. Dulu lahh kan, zaman muda-mudi galak bercintaa kan. Tapi now, I sedar, kahwin tu bukan sebab nak best je. *giggles ;) dah penat tatao nak jawap ape bila orang tanya. Last skali senyum je la yang mampu.

With marriage, comes great responsibilities (okay I cilok Spiderman punya motto.tehee) I percaya hanya cinta tak cukup nak kukuhkan sesebuah perkahwinan (oyeahhh now im talking) mungkin bila hidup berdua tak rasa bezanya dari bercinta sebelum berkahwin. Masing-masing buat hal sendiri. Yang bezanya, tiap-tiap pagi OMG! I akan terkejut sebab ada lelaki KACAK tidur sebelah I hahaha. Dan juga bila basuh baju, macam ada double load than usual lah :)

But then, bila dah ada orang baru, kena ada rasa untuk bertanggungjawab, bertolak-ansur, PENYABAR, dan yang penting, kena makan extra supplement sebab confirm akan pancit handle anak kan? Okay okay, maybe you guys cakap, ‘eleh minah ni pandai pulak nak bersyarah bab kahwin padahal boyfriend pun tadek’ sob sob T.T I just nak share, nasihat mama I, mama I yang kahwin muda, 23 tahun dah jadi isteri orang. Iskh. Kalau ikut perhitungan laa kan, I 23 years old next year (but sorry mama, lambat sikit ehh yang tu, I have DREAMS! heh)

Tapi one thing pasal mama, mama cool je. Tak penah nak pokpek pokpek pasal kahwin ni. Cuma banyak bagi advice, yelah since anak dara dia dah 22 tahun,rasanya dah banyak ilmu yang perlu diturunkan kan mama? Ehehe. Satu lagi statement mama yang I memang support 100%, ORANG DULU-DULU KAHWIN MUDA, TAPI MATANG, SO KEKAL. ORANG SEKARANG, KAHWIN MUDA, NAK SERONOK JE, LEPAS TU CERAI; TAK MATANG LANGSUNG. Macam kahwin main-main.

Sunday, April 25, 2010

The Strategic Planning


heh.tajuk kasik gempak.ceh.teringat sem 5 blaja strategic management macam separuh mati.hehe.okay.okay, i nak bagitau yang officially my student's life is over. alhamdulillah, with lots of taste in it.manis,pahit,masam,payau,kelat macam-macam. sedih meninggalkan dunia sekolah.tsk.tsk. ya, dunia dewasa menanti. iskh.

normalnya, seorang dewasa akan bekerja untuk menampung keperluan seharian. dan ya, i belum sempurna sebagai seorang dewasa. sebabnya? i jobless! masih tercari-cari pekerjaan yang boleh diterima jiwa. haha. takde maknanya, i'll accept if the pay is good. $$$ ;) so sekarang tiap-tiap hari selak paper (sampai hitam-hitam tangan & muka i kena karbon paper kot) cari kerja. sambil-sambil tu i plan hidup i sikit-sikit. put some target here and there. heh. i tak pandai plan. sebab i procrastinator. hehe.

apa yang tercatat, hanya sekadar plan. kalau menjadi, alhamdulillah :)
plan untuk lima tahun akan datang:

1. kerja. yang halal of course. with good pay (penting ni.kena highlight). good environment of working

2. phone. 1 iphone, 1 bb :) i memang la ada passion yang mendalam terhadap gadget-gadget.

3. laptop. apple if possible.

4. car. i nak start with something small la dulu, unless i dibela oleh ayah gula *winkwink*

5. house. i nak apartment, boleh buat banyak aktiviti-aktiviti terlarang. gahahaha

6. seni. impian zaman kanak-kanak i. bukan yang menyanyi, tegedik-gedik atas pentas tu.

7. masters (overseas) ni lepas kawen la tapi. hahaha.


reach for the star, baby ;)

Thursday, April 22, 2010

7 Steps to Make-Up

hello :) its been a while kan. sorry, ni semua gara-gara i tak pandai planning; semua nak last minute. memang parah i few days back, but alhamdulillah, i get through it. i unofficially dah habis belajar.oyeah!ehemm officially nya nanti bila i attend convocation laa ;)

okay, hari ni, i nak share one secret, cehh, takde la secret mane pun. kawan-kawan, kenalan, sepupu sepapat, semua suka tanya i make-up macam mana, cantik lah, gebu lah, rata lah. meh makcik-makcik, i bagitahu you guys.

1. first of all, sebelum nak apply make-up, kene cuci muka. tak kesah la pagi,petang,siang malam, mesti bersihkan muka i dulu.

2. then selalunya, i akan pakai mosturizer. tapi sekarang i pakai Bio-Oil. fungsinya sama, untuk melembapkan kulit plus extra functions.

3. next, this is my favorite type of make-up. the Silky Girl's liquid foundation. bila i tepek kat muka, awww flawless! terus sekata warna kulit. untuk pemilihan foundation, perlu berhati-hati atau muka akan menjadi warna pelik dan jangan terkejut jikalau anda menjadi tumpuan ramai. hehe.

4. kalau rajin, i akan tepek sikit Maybelline's compact powder (optional), followed by concealer. fungsi concealer, untuk menutup segala macam bekas-bekas jerawat dan parut yang tidak diingini :)

5. The Body Shop liquid eyeliner is next.i suka pakai liquid, sebab warna hitam yang mantap. kalau pakai pensel, warna hitam tu, macam alahaiii.at first memang selalu comot, but hey practice make perfect kan?

6. another make-up stuff yang i suke is Silky Girl's mascara.orang selalu tertipu tengok mata i yang galak, lepas ditarah eyeliner & mascara. macam mata kucing kata orang. i tak pakai fake eyelashes, mama cakap bulu mata i dah cukup panjang and seriously, she's so jealous with it! and yes, i tak pandai apply eyeshadow, still learning from the best, mama :D

7. lastly, lipstick. i suka earth@natural colour. tapi untuk kelihatan lebih cantik, mama suggest pink. mama belikan i coloured gloss from the brand Farmasi.and as always, she's right.


heh.dalam kereta pun sempat lagi tu :)


7 simple steps within 10 minutes :)
i dont get too choosy about the make-up, as long as they safe & nice, im okay with it.
so dah tau kan dear friends and cuzzies?


plus, we dont have to do the photoshop to covers all the flaws kan? ;)

Saturday, April 10, 2010

Azam Baru


saya selalu rasa diet, yang kadang-kadang saya gelar sekatan makanan *kejam ouh!* tak akan berkesan untuk saya.bukannya tak pernah, tapi paling kuat pun 2 bulan, lepas tu mulalah cravings sana sini.paling tak tahan bila lalu depan starbucks.seakan-akan ada tarikan graviti ;) dan yang pasti saya akan keluar dengan 1 creambased caramel frapp ♥ yummehhh!

dulu pernah diet carbs - jangan makan carbs utama - NASI. mula nak start, memang payah yang amat. tapi lepas tu, tengok nasi pun tak mahu. poyo kan. makan macam mat salleh. sume steamed food. tapi at one point, saya akan rasa nak sangat makan nasi, ditambah lagi ada chef hebat di rumah. nasi goreng biasa pun sedap, nak makan sampai bertambah-tambah.

azam baru saya (cehh, dah suku tahun baru ada azam kan) nak masuk gym. boleh? selain menyihatkan badan, saya boleh cuci mata dengan melihat trainer-trainer yang begitu panass! kan kan? :D lagi dengan godaan makanan yang dah bermacam-macam & tak kurang juga nafsu makan yang sangat tinggi, saya rasa gym adalah penyelesaian hebat. tak begitu?

cehh.berangan nak abs macam Fergie.gagahaha.


Saturday, April 3, 2010

For the 1st Time

hessh. berhabuk dah blog i ni. lama sepi! my last days for internship are pretty hectic. OMG. trying to cope with all the work stuff. pfftt! tensi. tensi. grrr! hari ini, 2haribulan April 2010, paling hebat! untuk pertama kalinya, i was scolded. cilake! the best part is, bukan oleh supervisor i (manager), bukan assistant managers, bukan executives team i, tapi ntah dengan sampah mane ntah. *marah tahap kuda ni!*

baik punye i kene sembur. luckily it was a phone conversation. just consider that she's lucky. it will be sooo much fun face-to-face. memang i bagi ONE SHOT la kat sampah sorang ni.

menyampah nak cerita panjang, just nak u guys bear in mind, KAT OFFICE:

1. kalau nak mintak tolong, cakap baik-baik. jangan dengan berlagaknye perintah 'i nak hari ni, before lunch.' eh hello, u ke yang bayar gaji i, sampah? i tak kerja untuk u okay! cakap la dengan ayat manis sikit, sejuk hati, ringan tangan i nak tolong.

2. haa.kalau u pandai hantar kerja kat i, bila i dah siap, u la datang amek kan? i jugak kene hantar. macam i pulak yang mintak tolong u kan kan? gila bossy perangai u!

3. MYOB. tak payah la nak jage personal affairs orang lain tak payah sibuk tanye i lunch dengan siape; dengan part-time model lagi ke? ohh i tau u cantek, tapi part-time model tak suke perempuan gila. bahahaha.

4. Jangan buat kerja bodoh gila - contoh macam pakai tudung on OFF on balek. WTH? hmm hmmm tudung dah jadi macam aksesori kan? OR bila bad hair day je cepat cepat pakai tudung cover rambut gerbang rock kapak! hahaha

marah yang amat amatlah~