Wednesday, July 14, 2010

Stress Seorang Bakal Ibu


I semakin prihatin dengan perasaan bakal ibu. Punca utama, officemate semua dah kahwin. Tinggal i & Salina yang masih mencari *winks* Dalam click i, ada dua ibu mengandung. Kak Dalila & Kak Shika. Keduanya sudah cecah bulan ke-7. Semenjak berdampingan dengan mereka, macam-macam jenis ilmu dari pelbagai mazhab i dah collect. Sampai pening kepala i, mana satu betul mana satu salah.

Biasalah, bila mengandung, ramai yang rajin menyapa, entah siapa-siapa pun nak tanya 'berapa bulan dah?' ataupun 'baby boy atau girl?' Soalan seperti ini consider okay lagi lah. Ada jenis soalan/statement yang menyebabkan si bakal ibu tertekan. Contohnya:

1. 'You dah beli stroller, cot, barut, minyak telon, breast pump blah blah blah'
Helo, mestilah si bakal ibu akan beli. Kalau tak beli lagi pun, mesti dah ada dalam shopping list punya. Jangan la tanya questions macam ni. I yang tak pregnant pun macam sakit hati je dengar soalan macam tu. Even yang tanya tu dah beranak pinak, ada i kesah ke? eeee tak suka.

2. 'eh betul ke you pregnant baby boy ni? i tengok perut you lonjong je. kalau baby boy kan patutnya blah blah blah...'
Kalau dah sampai 7 8 kali scan nampak jugak bibird baby, confirm la boy. Tak kesah la lonjong ke, bulat ke, kotak ke.

3. 'Tu baru sakit sikit.nanti dah dekat nanti haaa lagi sakit'
Motif? nak suruh si bakal ibu takut nak bersalin ke? pucat lesi muka si bakal ibu bila dihentam dengan statement macam ni.

4. 'Kenapa you pregnant gemok, dia pregnant i tengok kurus je?'
kalau i kena soalan macam ni, memang melekat kat dinding la orang yang tanya tu.BODOH!

5. 'You jangan la stress-stress, risau i tengokkan you ni'
Kalau tanak i stress, sila jangan bagi soalan/statement sentap okay :)

will update the stupid Q's from time to time


Sunday, July 4, 2010

Gastrik



Setelah 22 tahun hidup tanpa sebarang batasan pemakanan, kini diet pemakanan i perlu dijaga rapi. Hari Selasa lepas, untuk kali pertamanya i diserang gastrik melampau. Mula-mula ingat sakit perut masuk angin. Tapi doktor cakap 'there's no such thing as masuk angin, its GASTRIK! emm time doctor cakap tu i boleh accept lagi. Tapi bila dia cakap foods yang i kena pantang, hah macam nak runtuh je dunia *haha im exaggerating* tapi memang sedih wohh. Yang favorite tu lah yang kena pantang -_-"

Carbonated Drink, Coffee, Nescafe, Acidic Juices (which includes Tropicana Twister damn!), Hot & Spicy food hah cukup cukup rasa macam nak menangis je dengar. I tak boleh hidup tanpa Coca-Cola. So, i pun cuba try *as the tagline of Coca-Cola*. Dan selepas itu, i bergolek-golek menahan kesakitan plus dapat ceramah free dari Mama.

Masih tidak berpuas hati dengan daya ketahanan perut, i ke Starbucks dan i order Caramel Latte. Dan akhirnya terbukti, memang tiada apa yang mampu dilakukan untuk melawan Gastrik. Semalaman i tak dapat tidur, dan hampir-hampir menangis akibat kesakitan yang amat.

I terpaksa akur, dan kini masih merancang diet yang sesuai untuk i. Pemakanan perlu dijaga secara rapi, or else, ia akan memberi kesan ke atas rutin harian, or worst, diri i sendiri.

Terasa diri semakin tua bila bermacam penyakit datang menyapa!