Wednesday, July 14, 2010

Stress Seorang Bakal Ibu


I semakin prihatin dengan perasaan bakal ibu. Punca utama, officemate semua dah kahwin. Tinggal i & Salina yang masih mencari *winks* Dalam click i, ada dua ibu mengandung. Kak Dalila & Kak Shika. Keduanya sudah cecah bulan ke-7. Semenjak berdampingan dengan mereka, macam-macam jenis ilmu dari pelbagai mazhab i dah collect. Sampai pening kepala i, mana satu betul mana satu salah.

Biasalah, bila mengandung, ramai yang rajin menyapa, entah siapa-siapa pun nak tanya 'berapa bulan dah?' ataupun 'baby boy atau girl?' Soalan seperti ini consider okay lagi lah. Ada jenis soalan/statement yang menyebabkan si bakal ibu tertekan. Contohnya:

1. 'You dah beli stroller, cot, barut, minyak telon, breast pump blah blah blah'
Helo, mestilah si bakal ibu akan beli. Kalau tak beli lagi pun, mesti dah ada dalam shopping list punya. Jangan la tanya questions macam ni. I yang tak pregnant pun macam sakit hati je dengar soalan macam tu. Even yang tanya tu dah beranak pinak, ada i kesah ke? eeee tak suka.

2. 'eh betul ke you pregnant baby boy ni? i tengok perut you lonjong je. kalau baby boy kan patutnya blah blah blah...'
Kalau dah sampai 7 8 kali scan nampak jugak bibird baby, confirm la boy. Tak kesah la lonjong ke, bulat ke, kotak ke.

3. 'Tu baru sakit sikit.nanti dah dekat nanti haaa lagi sakit'
Motif? nak suruh si bakal ibu takut nak bersalin ke? pucat lesi muka si bakal ibu bila dihentam dengan statement macam ni.

4. 'Kenapa you pregnant gemok, dia pregnant i tengok kurus je?'
kalau i kena soalan macam ni, memang melekat kat dinding la orang yang tanya tu.BODOH!

5. 'You jangan la stress-stress, risau i tengokkan you ni'
Kalau tanak i stress, sila jangan bagi soalan/statement sentap okay :)

will update the stupid Q's from time to time


Sunday, July 4, 2010

Gastrik



Setelah 22 tahun hidup tanpa sebarang batasan pemakanan, kini diet pemakanan i perlu dijaga rapi. Hari Selasa lepas, untuk kali pertamanya i diserang gastrik melampau. Mula-mula ingat sakit perut masuk angin. Tapi doktor cakap 'there's no such thing as masuk angin, its GASTRIK! emm time doctor cakap tu i boleh accept lagi. Tapi bila dia cakap foods yang i kena pantang, hah macam nak runtuh je dunia *haha im exaggerating* tapi memang sedih wohh. Yang favorite tu lah yang kena pantang -_-"

Carbonated Drink, Coffee, Nescafe, Acidic Juices (which includes Tropicana Twister damn!), Hot & Spicy food hah cukup cukup rasa macam nak menangis je dengar. I tak boleh hidup tanpa Coca-Cola. So, i pun cuba try *as the tagline of Coca-Cola*. Dan selepas itu, i bergolek-golek menahan kesakitan plus dapat ceramah free dari Mama.

Masih tidak berpuas hati dengan daya ketahanan perut, i ke Starbucks dan i order Caramel Latte. Dan akhirnya terbukti, memang tiada apa yang mampu dilakukan untuk melawan Gastrik. Semalaman i tak dapat tidur, dan hampir-hampir menangis akibat kesakitan yang amat.

I terpaksa akur, dan kini masih merancang diet yang sesuai untuk i. Pemakanan perlu dijaga secara rapi, or else, ia akan memberi kesan ke atas rutin harian, or worst, diri i sendiri.

Terasa diri semakin tua bila bermacam penyakit datang menyapa!

Tuesday, June 29, 2010

I Love To Touch My ______

First of all, this is not a X-rated entry hehe. I know the title is a bit WOW right? ehem ehem well i want to share about the touch screen phone, LG new touch screen phone. OMG thanks LG for the new touch screen phones.

I've already fall in love since LG introduce the KP500 or well-known as LG Cookie. Sincerely, i've never had my own touch phone screen. My best buddy own the KP500; sometimes my best friend and i swap phones because she knows how much im in love with the touch screen phones. So at times, she's use the so-called-antiqued-toy and i got to play around with the new-gadget in town :)



I love the touch screen phones because... well, of course, it always looked smart and up-to-date. As far as i know, all LG phones are up-to-date, in terms of the designs and technologies. Using touch screen phones in public, it just attract people to look at you. TWICE! hehe. With the newest-in-town designs, im soooo going to look cool holding the new LG cookie.

And, all LG phones are user-friendly, even the touch screen phones. Some brands are hard to adapt with. But with LG phones, i wont have any problems get use to it. I've use a few different brands before, but i hardly get use to the (antique) phones. I could'nt imagine how SLOW i would be when im using the touch screen phones from other brands -_-"

One more thing, i've always hated the sturdy and durable surface of the old phones. Futhermore the antique toys are not equipped with the qwerty keypad. i always had sore thumb! because im the kind who really really loves to text messaging night and day. LG touch screen phones are equipped with qwerty keypad yeay! bye bye sore thumb :)


As a celebration for the new touch screen phones - LG Cookie 3G, LG Cookie Fresh and LG Cookie Plus, LG is throwing a COOKIE MONSTER party! NO HUMAN are allowed, ONLY MONSTERS rawrrrrr! hehe it means everyone have to go as monster. Interesting. Well, the best part is, there will be surprise for the Best Dress Male & Female. Both will get the new LG Cookie 3G *OMG jealousy struck*

I WANT TO JOIN THE PARTY! I WOULD'NT MISS IT FOR THE WORLD! *wink* Please please, lemme have the invites to the Cookie Monster partyyyy! For sure i'll dress up as monster. Errr vampire still considered as monster right? i'll be dressing up as the hot woman vampire with pretty fangs that will definitely charms KENNY SIA and all the judges :) in that way, i'll win the BEST DRESS for Female and i'll have the LG Cookie 3G in no time muahahahahaha!


Deria Penglihatan


Kualiti deria penglihatan semakin merosot sejak akhir-akhir ini -_-"
[ kehilangan sau lagi nikmat dunia, selepas tempe ;) ]

Saturday, June 26, 2010

A Conversation

Tadi i ke satu majlis perkahwinan di Shah Alam, bertemakan warna ungu dan hijau. Kedua pengantin adalah sahabat baik kepada teman i. Baru berusia 22 tahun, sebaya i. Baru tamat menuntut di Politeknik. I bertanya pada teman i,

ehh, cepatnya kahwinnn.

emm jodoh diorang awal.

jodoh is one thing la kan..

dah tak tahan kot..haha

ngoks! tu lagi satu..tapi macam mana nak hidup sama-sama, dengan tak kerja.patutnya belajar lagi, tapi dah sibuk nak kahwin...blah blah blahhh.
*dan i terus bercakap di luar kawalan.
i ni memang favorite pandang depan jauh-jauh. dah sibuk pok pek pok pek pasal hal pengantin nak survive hidup berumah-tangga, beranak-pinak, nak maintain financial. i dah tolong fikirkan untuk pihak pengantin hehe. dan teman i jawab:

emm takpelah nanti kita kahwin lagi 3 4 tahun, i dah okay la hopefully by the time. i dah kerja, financial dah stabil, lepas tu kita kahwin buat anak banyak-banyak. satu team bola okay!
*muka lelaki gatal, larikkkk!*

*blush* hotak ko satu team bola, you beranak sendiri laa. ehh ada i cakap ke i nak kahwin dengan you? wekkk!

kita usahakan laah :) usaha doa tawakkal
*macam motto orang dah berserah habis depan dewan exam hehe

wow i sangat kagum dengan perseverance you ♥
keep it up for a few more years!

Saturday, June 12, 2010

Definisi Semula: Noor Syafiqah

hello.nama saya Noor Syafiqah berumur 22 tahun. kebelakangan ini, saya rasa diri semakin matang. mungkin kerana sudah memasuki alam pekerjaan, terasa diri semakin tua. haha tidakkkk!

saya selalu termenung memikirkan masa depan. bagaimana mahu menguruskan segalanya. beli rumah, kereta, insurans, perbelanjaan harian etc etc. DAHULUnya saya selalu berangan bila lah akan mendampingi lelaki kacak dan kaya. bila akan dapat bergaya dengan Louis Vuitton dan Stuart Weitzman. bersiar-siar di mall, masuk setiap kedai di lorong eksklusif dan keluar dengan membawa beg kertas berjenama yang membuatkan orang melihat. haha fantasi setiap gadis muda kan?

saya sudah terasa yang saya mempunyai komitmen. saya seorang yang takut kepada komitmen,DAHULU. sekarang saya mula menerima yang dalam hidup, walaupun saya lah hero dalam kisah saya, kadang-kadang orang lain akan didahulukan daripada saya. orang orang yang sentiasa menjadi nombor satu dalam hidup saya, mereka yang akan saya dahulukan. dahulu, saya selalu rasa saya yang paling penting dan mengapa saya perlu pentingkan orang lain. memang selfish. apa apa pun, mesti saya yang nak dahulu. orang lain kemudian.

saya seorang WORKAHOLIC! ya. buktinya, saya memang tidak boleh tidur malam bila kerja di pejabat tidak dapat disempurnakan pada hari tersebut. puas mengiring, meniarap, terlentang masih tidak mampu melelapkan mata -_-" dulu lecturer eco selalu ingatkan, bila interviewer tanya apa weakness, sila jawap saya seorang yang tidak boleh tidur malam, restless bila kerja di pejabat tak siap. bila DAHULU, kerja assignment bertingkat atas meja study, sebelah mata pun tak tengok, masih mampu menonton drama korea yang panjang, main game, dan tidur dengan tenangnya. assignment cuma picisan.bila sehari dua lagi tarikh hantar, baru menggelabah nak buat semuanya.

satu lagi. sekarang, saya tak suka melayan emosi sendiri. rasanya parah kalau ikutkan emosi.akal fikiran lawannya emosi. sentiasa gunakan akal, bukan emosi. emosi kalau dilayan, semua kerja tak dapat dilangsaikan dengan sempurna. pasti ada cacat celanya. terbukti! DAHULU, saya sering ikutkan emosi. dan padahnya, hah padan muka saya kan. hehe. tapi semenjak itu, saya mula mengawal emosi, menggunakan akal walau kadang-kadang tersasar -_-" dan kini pengawalan semakin baik hehe.

kawan. teman. sahabat. saya mula memilih kawan, setelah insiden tersebut. saya asalnya bukan seorang yang memilih, sesiapa sahaja boleh berteman dengan saya. cuma kini saya takut saya akan disakiti. bila bab bab berkawan, saya rasa insecure. masih dalam keadaan rapuh. masih memerlukan pemulihan. DAHULU, semua menjadi teman saya. mungkin sekali itulah kesilapan terbesar yang saya lakukan. saya menjadikan pengalaman tersebut sebagai tunjuk ajar untuk masa masa akan datang.


akan sangat merindukan zaman ini :)

Wednesday, June 9, 2010

Worklife

Hello.dah terlampau lama rasanya tak update blog.i busy.hari ini genap 7 hari i bergelar pekerja.i menamatkan zaman pengangguran i pada tanggal 1 Jun 2010 hehe.dan mahu tahu apakah rasanya bekerja?sumpah PENAT.heh.lagi bila kerja bank.lagi bila semua sistem nak centralized.semakin berbondong-bondong kerja yang datang -_-"

2 3 hari pertama, i datang kerja awal, tapi balik memang on time, sharp 5.45pm.duduk dalam office melepak sambil tengok orang buat kerja.selepas itu, selagi belum jam 8.00pm, memang i tak bergerak dari partition i.macam i cakap tadi, kerja berbondong-bondong.tapi seronok.macam belajar.cuma kadang-kadang terasa letih sebab terlampau banyak input.nak belajar teori, dokumen itu dokumen ini, belum masuk sistem lagi.i masuk as Management Trainee.I punya induction in July, so for the time being, i dah mula belajar apa yang i akan kerjakan selepas induction & classroom training selama dua bulan.

kan orang selalu cakap orang kerja bank memang banyak kerja.(iskh banyak pulak perkataan KERJA)NO DOUBT babyyyy, memang banyak.tapi untuk memaintainkan positive thinking, i said to myself 'takpe, its an opportunity for me to learn!' so memang i bagi 110% bila kerja.silap tu jangan cakap la, manusia belajar dari kesilapan kan?

dan part yang i susah nak terima, orang panggil i FIQA.heh.sangat kegadisan okay.macam tak kena je dengan i yang tak berapa nak kegadisan ni :) sebabnya dah ada dua orang SYIKA dekat department.so kalau dengan i; SYEEQA dah jadi tiga orang.grrr! i paling muda dalam department;dan of course semua orang nak interview.penatlah i nak jawab satu satu.

dan i dah ada 4 orang kawan.Kak Lila, Kak Syika, Kak Izan & Salina. Kak Lila & Kak Syika dua-dua pregnant.dua dua pregnant 1st baby, 5 bulan 3 minggu.pelik macam mana boleh same kan? siapa pandai boleh teka ape yang berlegar-legar dalam otak i yang suci murni ni hehee?hmmpphhhh....WORKLOAD yang extra bila mereka maternity leave T.T jangan fikir lucah okay? hehe hah comel je tengok outfit ibu mengandung >,<>

hah!lupa nak cakap.i dah mula tak boleh tidur malam sebab terlalu teringatkan kerja kat office.penat pusing kiri pusing kanan rasa macam awal sangat nak jadi workaholic kan.

okay nanti i update i penat gila rasa nak merangkak naik katil -_-"

Sunday, June 6, 2010

Hey Stalker!

Stalking my blog is one thing, dah tu pergi sebar sebar cerita kat orang, lepas tu salah pulak tu cerita yang disebarkan.

i bet if you were an Internet Modem, mesti orang tanak pakai, sebab laju tapi hampeh.

mulut puaka!

Sunday, May 30, 2010

The Bounty Hunter

At last, i did watched this movie. and i errr we actually, we dont have to pay for the tickets and popcorns. Thanks to IBU & MAK for the sponsor *wink* so, my two cousins and another 3 little devils went for a movie. Initially, i thought that they might wanted to watch something more 'children' i.e SHREK Forever After, but all were fully booked. So, we went for THE BOUNTY HUNTER. yes yes :)

OMG Gerald Butler (i memang tak boleh tengok lelaki hot, handsome takpe, HOT tak boleh *drools*) is so damn hot!and looks soooo young.with the shirt, skinny jeans and snickers, he look youthful, even though he's not :) and Jennifer Aniston, is like she have a whole new body. SEXY!

Both of them met and fall in love and after 5 months, they've decided to get married. Unfortunately, the marriage managed to lasts for only 9 months. After the divorce, Nicole (Jennifer) is positively climbing the journalism ladder to success, while Milo (Gerald) have a major breakdown. He was fired from his Policeman job; and now he's a Bounty Hunter.

One day, Milo is assigned to capture a women who escape bail. and if he managed to get the women into the jail, he'll get $5,000. and when he heard that that women is his ex-wife, he gets more excited. he thought that things will be easy for him; but it is the other way around.


and the plots of the story is great; well, there is a bit confusion in the middle of the story. Other than that, the story went smoothly.


Babysitting Lyssabelle

Alyssa Isabel Nur Aman dalam hari :)

untuk beberapa minggu yang lepas, setiap hari selasa dan khamis adalah hari paling membakar kalori.hari menjaga LYSSABELLE. ehe. hari hari lain i hanya melepak, membuang masa, dan golek golek selain dari membuat kerja suri rumah.


Kepoh dengan Mr. Lion

Dalam troli kat Carrefour, sibuk 'hai hai' kat orang.ehee

setiap pagi hari selasa dan khamis, Lyssabelle lah yang jadi alarm clock i. i selalu bangun around 10am, sebab malam-malam jadi burung hantuu :) Lyssabelle akan datang dalam jam 9am, terus meluru ke bilik belakang dengan jalan terkedek-kedek ala-ala Donald Duck, kacau i kat atas katil. Kalau kacau je takpe, ada 2 3 kali jugak i kena tampar dengan Lyssabelle -_-" hissh sabar je laa.Lyssabelle panggil semua orang 'B' hee comel kan.


Another pose :)

Focus Focus ><

orang main FB, dia pun nak.

so bila mummy dia dah peluk cium geletek maen kejar kejar semua ahh not forgetting bagi barang-barang Lyssabelle yang sampai 3 bags padahal nak duduk like 3 4 hours only, mummy dia pun blahh.Lyssabelle pun melalak, macam kena dera. tak cukup dengan itu, hish habis mengamuk bersepah semua. tapi nak bagi diam, pasang Upin & Ipin, confirm diam. IT NEVER FAILS *wink*


watching her Playhouse Disney

Slurpee Yummehh! :D

i pun dengan senang hatinya buat kerja di dapur, memasak, basuh pinggan sidai baju di belakang. Satu perangai Lyssabelle;si penakut! Setiap 15 minit, Lyssabelle akan ke dapur just to check on me. Nanti dia intai dari pintu dapur dan cakap 'B?' as for, 'are you there?' dan i akan menyahut 'ya' so dia dengan akan ke depan semula dan terus menonton Upin & Ipin.


kecik kecik dah posing macam model

Then bagi Lyssabelle lunch, which is Nasi with soup. Then dia main main sekejap. Bagi dia minum susu, sambil tidurkan dia. Nak tidurkan Lyssabelle, macam nak pergi PERANG! susah betul. It takes like an hour just to make sure she fall asleep. Telinga pula macam telinga gajah. peka semacam. Bila dia tidur, i pun confirm tidur, sebab penat nak tidurkan dia ehe. Kalau dia tak tidur pun, i bukak channel Playhouse Disney, confirm dia layan sampai terlelap. So, i dah pro dengan Playhouse Disney punya cartoons; Special Agent OSO, Handy Manny, Dibo the Gift Dragon etc etc. haha. kadang kadang i gelak sorang-sorang je sebab i tau cartoons kat Playhouse Disney which is very very rare remaja macam i tau eheh :)

Lepas Lyssabelle bangun, its bath time, which is her favorite thing, bermain air. Dengan i sekali basah kuyup. Orang nak mandikan dia, dia sibuk nak berenang. So cute! Sibuk nak pegang shampoo, shower gel, shower tu pun sibuk nak pegang. Then siap siap tunggu mummy datang. Kadang kadang Lyssabelle akan mintak 'Tu Tu'; i confuse dia nak Upin Ipin (True True True) or Susu. Cepat laah cakap betul betul budak kecik ni :)

Mummy Lyssabelle kena cari babysitters lain lepas ni.Cynaz dah nak start school at KLMU.i pulak hari Selasa dah nak mula kerja.sekejap je i cuti, konon konon baru ingat nak lepak-lepak dua tiga bulan sebelum mula kerja, tapi rezeki dah sampai.lagipun i perlukan duit.I HAVE NEEDS (or lust).bahahahahaaa :D

Wednesday, May 26, 2010

Seorang Sulung

Entri hari ini mungkin dipengaruhi emosi. Selepas cat fight grrr! dengan adik, baru terasa tanggungjawab anak sulung itu tidak mudah -.-" dan akhirnya mengadu dengan mama, betapa sudah tidak laratnya membawa status anak sulung!

Me: ma, im tired of being the eldest. can i retire?
Ma: hah? you cant. come on it cant be that bad.
Me: well, it kinda sucks.
Ma: atleast, you have sisters to support you. Im thankful that i have all daughters. That is something that make me think that i would not have to deal with daughter-in-laws creepy attitudes.
Me: hahaha. that is so trueee!

rupanya mama risau dengan karenah menantu perempuan.katanya menantu lelaki tidak banyak songeh.hmph mungkin betul.lelaki cool;perempuan not so cool lagi-lagi bila she's not one of our kind and trying real hard to blend in :p

so rasanya i akan cuba lagi untuk menjadi anak sulung yang baik.dengan 3 orang adik i yang tengah membesar dan rasanya dalam fasa yang semuanya harus dipantau,i kena kuatkan diri untuk buat semuanya.mama papa of course sibuk bekerja.so, i akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi role model dan kakak yang memahami.

Dulu rasanya, menyesal dan tak suka jadi anak sulung. Tapi sekarang seronok jadi anak sulung.

Kalau dulu, semuanya i kena buat.Kakak, tengok adik tu, dia nak makan OR Kakak, cebokkan adik tu. Heh stress semuanya KAKAK.
Sekarang, i balas dendam! tehehehe.Adik, buatkan akak air oren OR adik, gosokkan tudung akak hah amek kau hahaha

Kalau dulu, anak sulung kena mengalah.Ala, bagi je la kat adik OR Akak, nanti mama beli yang lain untuk akak okay heeee tak suka.
Sekarang, i dah tak nak mengalah.kalau mama papa beli apa-apa for all 4 of us, i get the honour cewaahh to choose first weehuuu!

Lepas tu, kalau mama masak kat dapur, heh siapa lagi jadi co-cook ohh bukan,bibik untuk cuci pinggan mangkuk dan tukang potong bawang sayur lada etc etc.tentulah kakak! adik-adik melepak depan TV sampai lebam.

Kena tolong adik-adik buat kerja sekolah.i jugak.Cynaz pun dah habis sekolah kenapa i yang dah 5 tahun tingalkan sekolah yang kena ajar *sigh dengan Folio Kajian Tempatan yang memang tak ingat apa-apa pun.Tu belum masuk sains lagi.Kalau sains pasal manusia ingat jugak, kena pasal tumbuhan, memang menganga nak menjawap hehehe

Sekarang ni, dah ada lesen kereta,yang ambil hantar adik-adik semua dah jadi kerja kakak.Nak keluar pergi reunion pun kakak hantar.Hai nasib baiklah i sayang adik-adik i yang kadang-kadang annoying. Anything for you guys :)

i left home since i was in Form 4, pergi boarding school.And sekarang i dah 22 tahun,baru i fulltime dekat rumah.6 tahun hidup macam biskut chipsmore,kejap ada kejap takde.So, bila i rasa nak marah kenapa i kena buat all these things,i akan ingat yang i need to top up those 6 years!


Tuesday, May 25, 2010

I wanna watch Toy Story 3

OMG OMG Toy Story 3 is finally here.heh.penat la i tunggu bila nak ada sambungan Toy Story.i dah 23 tahun, tapi i still enjoy tengok cerita kartun ehem ehem kata untuk semua lapisan masyarakat kan :) yang paling best tu, Toy Story 3 ada tayangan 3D.yeay!everything will look so real kan *wink*

i dan semua adik beradik i suka tengok cerita ni.i grow up with this 'Toy Story'.tak kisah la dah besar panjang pun hehe.sampai sekarang pun, kalau Disney Channel tayangkan cerita Toy Story atau Toy Story 2, we wouldn't miss it for the world cewahh :D i suka Woody; of course la hero kan. dan juga Encik 'to-infinity-and-beyondddd!' ; Buzz Lightyear.

Dalam bahagian ketiga Toy Story, banyak watak-watak baru yang akan diperkenalkan.wahh, mesti meriah kan.Lagi banyak watak means lagi banyak ragam yeay interesting :) Untuk Toy Story 3 watak baru diperkenalkan seperti Ken, Peas-in-a-Pod, Stretch Mr Pricklepants. OMG Ken handsome! *drool* (is there really someone handsome like Ken in this reality world; sigh), Peas-in-a-Pod; 3 kacang peas yang sangat sangat adorable dan comel, dan Mr Pricklepants yang nampak sangat harmless tak macam nama yang sangat mengancam hehe.





i really really wanna watch Toy Story 3 in 3D.please please NuffNang;let me have a pair of those tixs!

Friday, May 14, 2010

Tag

Hello! dah lama tak buat tag.so since i dah kena tag; kena la jawab kan? jom jom!

Apa yang anda buat kalau member anda tikam belakang?

- mama i cakap; biar orang buat jahat dengan kita. tapi kita kene maintain je. jangan cepat melatah. tu semua dugaan kan? *iskh macam tipu aku jawab macam ni heh

6 orang di hati anda?

- boleh tak kalau i nak lebih dari enam? please please. semua i sayang tau *wink*

Anda rasa anda COMEL?

- kalau i jawab nanti mesti semua orang pengsan tengok jawapan i haha.

Single or taken?

- single and not in the market iskh jujur gila jawapan i :)

Blog yg anda suka?

- blog orang yang seronok nak baca;pengalaman and of course those blogs that provides knowledges.

Adakah bilik anda kemas setiap hari?

- im a neatfreak.

Lagu terakhir yang anda dengar?

- jai ho;you are my destiny :) ohh yeah babyy you are!

Last text mesej?

- bila you start kerja sayangg? *my hugh jackman*

Last fon call?

- fattah di india kering kredit i padahal cakap 2 3 minutes je.

Hari terakhir anda menangis?

- i tend to cry whenever im emotional. cant really remember when.

Orang terakhir anda ber YM?

- Qiistina

Game yang anda paling suka?

-The Sims. i can sits for hours and play without stop. sampai mata dah macam panda haha

Adakah anda peminat MCR?

- yep yep yep!

Adakah anda rasa anda hot?

- YA!siapa yang tak rasa hot dengan cuaca yang semakin menjadi-jadi sekarang. sampai kering kulit semua akibat HOT!

Wallpaper laptop yang anda gunakan sekarang.

- Hugh Jackman

Cerita pasal gambar.

- Lelaki pertengahan umur yang sangat mengujakan. entah mengapa i tertarik macam magnet terhadap lelaki ini haha

Bila kali terakhir makan pizza.

- kali terakhir di Pizza Hut Segamat;bersama Asz & Lele

Lagu terakhir anda dengar.

- now playing - Baby by Justin Bieber

Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag.

- Facebooking (another delicious distraction!)

Selain nama sendiri anda dipanggil.

- syeeqa;ciqa;foqah;kakak

Apa prasan anda bila jawab TAG ni?

- heartless gahahaha

Anda rasa TAG ni best?

- okay la kot

Ok TAG lagi 10 orang?

- malas boleh?

Berikan 5 sebab anda harus disayangi.

- kuat gelak, gila, kadang-kadang blur, suka tidur dan kurang KASIH SAYANG! hehe


Muka kurang kaseh sayang gahahahaa

Monday, May 10, 2010

Iron Man 2

tadi pagi pergi interview dengan CIMB. dan i amat-amat tak berpuas hati dengan interview tersebut!sebahagian salah i;sebahagian besar lagi disumbang oleh tahap kerek melampau oleh interviever.apa boleh buat, dia je betul, i salah ^^'

lepas interview yang sangat 'berjaya' tersebut, i dengan girangnya pulang ke rumah, menaiki LRT dah habis kene torture dengan perempuan jahat itu haha. dalam LRT, i tiba-tiba rasa nak singgah KLCC, saja jalan-jalan cuci mata *budak universiti tengah cuti winkwink. Singgah KLCC, jalan sampai melecet kaki. heh padan muka; dah pakai heels 4 inci lagi berangan nak banyak jalan! dan akhirnya ntah macam mana berjalan i akhirnya sampai depan TGV tengah tengok skrin waktu tayangan. ada la dua tiga movie yang interesting. i tak pernah minat iron man, tapi itu je yang available time tu, so i pun beli tiket terus masuk panggung.





hahaha i enjoy gilaa tengok movie tu walaupun i jadi lone ranger! marah tiba-tiba sebab semua orang busy kesian i sorang-sorang.so sekarang i tengah gelabah cari iron man 1 pulak sebab dah jatuh hati dengan Robert Downey Jr. *drools* bukan sebab handsome, tapi sebab tahap ke'SLAMBER'an yang melampau! :) dan i gelak macam setan sebab rasa kelakar tengok villain dalam cerita tu yang seakan-akan obses dengan tali skipping.ehh hello!come on la;kreatif sikit la.i was expecting something moreeee of the villain.

ape-ape hal pun, memang best. lepas keluar movie, i masih boleh tersenyum seorang diri walaupun interview pagi tadi macam sampah! :)

smile.smile.smile even when you are in pain!

Thursday, May 6, 2010

5 Signs : Cheating Boyfriend


kebelakangan ini, banyak girlfriends yang clash. surprisingly, those yang i ingat akan kekal sampai ke jinjang (eh betul ke i eja ni hehe) pelamin, yang itu yang tak jadi. kesian i tengok, ke hulu ke hilir sama-sama sampai empat lima tahun, at last habis macam itu je. dah tu, semua kena tipu dengan buah hati pengarang jantung la konon! i selalu paranoid bab-bab macam ini.

maybe sebab itu i takut dengan relationship. bercinta bertahun-tahun pun belum tentu dah kenal dengan hati budi masing-masing kan? *cehh! so i pun dengan rajinnya menulis entri ini untuk GIRLS & LADIES di luar sana. *sebenarnya i takde kerja, i boring so i wanna share something hehe :)

okay, i ade top 5 tanda-tanda boyfriend (akan) curang:

1. Aktiviti online yang suspicious.
Internet memang a good hub untuk mencari jodoh. tapi lelaki lelaki yang dah ada awek cantik gebu baik hati, buat apa lagi nak tergedik-gedik mencari teman? i jijik tengok laman-laman sosial yang penuh dengan nama-nama seperti teruna single, bujang kacak, putera kesepian etc etc *nama-nama yang memang menarik perhatian la konon. *muntah* lagi satu, chatting. dari chatting, berbagai-bagai orang dari merata tempat dapat kenal. sanggup duduk depan laptop sampai mata dah macam panda semata-mata nak chatting dengan awek baru kenal.

2. Perubahan ketara dalam jadual harian
Biasa kalau kita lihat boyfriend-girlfriend kalau nak pergi mana-mana pun nak kena hantar text report kat pasangan masing-masing kan? sebenarnya berguna la hantar-hantar report ni. i rase macam mengada je, nak pergi mana-mana, nak bagitau, macam poyo haha. so actually dari report-report tu semua, pasangan boleh track down the activities. secara tak langsung, you akan tahu apa dia selalu buat from Monday-Sunday. Kalau ada perubahan dalam jadual dia, pay ATTENTION, he might have plans on cheating on you babyyy!

3. Jarak Emosi
Orang baru bercinta (budak baru nak naik la katakan) hot hot je kalau tengok. 24 jam berkepit. kalau tak jumpa RINDU sangat. sepanjang masa nak texting. Kalau boleh Facebook's wall akan penuh dengan komen-komen dari pasangan. tapi bila makin lama dalam relationship, biasalah makin lama makin kurang hot. Sebab mula-mula excited, makin lama pasangan dah rasa stable in loving & comfortable phase; lebih kepada komitmen. tetapi, mesti you all boleh sense punya kan kalau pasangan you macam pelik sikit. kadang-kadang bila you cakap, dia ada depan you, tapi otak melayang ntah ke mana.

4. Kurang Masa Bersama
Macam i cakap tadi, awal-awal heh, macam belangkas! sampai kawan-kawan naik mual tengok haha. but still girls, you kene consider, maybe pasangan you ada komitmen lain. jangan nak merajuk-merajuk tak pasal. buruk la perempuan tua merajuk haha. so, as a very understanding girlfriend, kene lah faham kan :) but, kalau sampai bila ajak jumpa je busy busy, as if dia mengelak, you kena siasat. upah personal investigator tengok apa dia buat sampai busy sangat.

5. Instinct
Lastly, percaya pada instinct. selalunya ia adalah benar. wait, this doesn't apply on full-of-jealousy girlfriends alright? haha tapi i rasa, instinct je tak cukup without logik akal dan bukti. sebelum serang dapatkan bukti dahulu. thats the best way of attacking. your enemy get weaken instantly. hehe :) kalau tuduh tanpa bukti, nanti memang lain ceritanya. so be very careful.

better take good care of your man, ladies :)

Wednesday, May 5, 2010

Interview Kerja I

hari ni interview dengan United Overseas Bank.mula-mula tanak pergi pemalas!tapi sebab ada ehem ehem motivator bagi semangat sikit, terus i teruja nak pergi :) hari tu, encik Meng Lee dari HR UOB call, cakap interview pukul 4.30pm.so macam okay.tak pagi sangat *tak terganggu jadual tidur i hahaa* so i gerak awal tadi, lepas hantar si bongsu pergi kelas agama & mengaji quran, i pergi Bukit Bintang, sebab tempat interview kat The Royale Bintang.

i sampai around 3.15 pm. sampai-sampai of course pergi touch up dulu, mekap cair sebab jalan lama sangat bawak matahari. lepas touch up, i terus pergi tempat register untuk interview. NASIB BAIK lah! i sampai awal. sebab semua candidates kena isi forms and tulis essay. heh. ntah ape-ape la, dalam email & verbally takde pulak mention ape pun.pencil case pun tak bawak, lucky, ade 1 pen hitam 1 pen biru.

so i pun start goreng essay. ade 4 soalan;pilih satu. i pilih soalan 'who do you adore the most in the working sector' ahh sudah.siapa siapa.tu la memang tak suka baca paper tengok berita.i pun letak la CEO KFH(M)B, Jamelah Jamaludin *tak sia-sia i intern kat sana, at least i do know that lady :) tengah syok menulis, pen abis ink. panas panas. dah sudah. karangan i separuh black pen, separuh blue pen. *chantek*

next step.tunggu interviewer panggil.haha tersengguk sengguk i tunggu.dah la kat luar hujan; dalam air-cond full blast.and at last my name was called. dupdap dupdap la pulak.macam biasalah interview, kenalkan diri, pokpek pokpek sikit, biggest achievement, strengths, weaknesses dan kecenderungan i dalam banking system.peh time tu i rasa i tukang masak laah, habis i goreng semua. *dengan muka confident :) lepas 1st interview, i was shortlisted.so kena tunggu second interview.time tu dah about 6.00pm

bila second interview, i was called about 7.00pm, lagi bertambah cuak!penat la i nervous-nervous, sekali second interview sangat sempoi.ala-ala macam cerita childhood dreams sambil lepak minum cream-based caramel frapp di starbucks.hehehe.it was easy and awesome.really!yang paling i rasa nak gelak, the interviewer siap tanya 'why is your father's name is like this, i means its very unique.' ahh sudah.lepas i jawab soalan tu, banyak pulak branches question pasal family i.tu yang drag sampai 8.00pm.

so now, just wait & see.sangat berharap dapat kerja ni.dah tak boleh duduk rumah diam-diam.nak kumpul duit nak kahwin okie! *gatal jap*