Alyssa Isabel Nur Aman dalam hari :)
untuk beberapa minggu yang lepas, setiap hari selasa dan khamis adalah hari paling membakar kalori.hari menjaga LYSSABELLE. ehe. hari hari lain i hanya melepak, membuang masa, dan golek golek selain dari membuat kerja suri rumah.
Kepoh dengan Mr. Lion
Dalam troli kat Carrefour, sibuk 'hai hai' kat orang.ehee
setiap pagi hari selasa dan khamis, Lyssabelle lah yang jadi alarm clock i. i selalu bangun around 10am, sebab malam-malam jadi burung hantuu :) Lyssabelle akan datang dalam jam 9am, terus meluru ke bilik belakang dengan jalan terkedek-kedek ala-ala Donald Duck, kacau i kat atas katil. Kalau kacau je takpe, ada 2 3 kali jugak i kena tampar dengan Lyssabelle -_-" hissh sabar je laa.Lyssabelle panggil semua orang 'B' hee comel kan.
Another pose :)
Focus Focus ><
orang main FB, dia pun nak.
so bila mummy dia dah peluk cium geletek maen kejar kejar semua ahh not forgetting bagi barang-barang Lyssabelle yang sampai 3 bags padahal nak duduk like 3 4 hours only, mummy dia pun blahh.Lyssabelle pun melalak, macam kena dera. tak cukup dengan itu, hish habis mengamuk bersepah semua. tapi nak bagi diam, pasang Upin & Ipin, confirm diam. IT NEVER FAILS *wink*

watching her Playhouse Disney

Slurpee Yummehh! :D
i pun dengan senang hatinya buat kerja di dapur, memasak, basuh pinggan sidai baju di belakang. Satu perangai Lyssabelle;si penakut! Setiap 15 minit, Lyssabelle akan ke dapur just to check on me. Nanti dia intai dari pintu dapur dan cakap 'B?' as for, 'are you there?' dan i akan menyahut 'ya' so dia dengan akan ke depan semula dan terus menonton Upin & Ipin.
kecik kecik dah posing macam model
Then bagi Lyssabelle lunch, which is Nasi with soup. Then dia main main sekejap. Bagi dia minum susu, sambil tidurkan dia. Nak tidurkan Lyssabelle, macam nak pergi PERANG! susah betul. It takes like an hour just to make sure she fall asleep. Telinga pula macam telinga gajah. peka semacam. Bila dia tidur, i pun confirm tidur, sebab penat nak tidurkan dia ehe. Kalau dia tak tidur pun, i bukak channel Playhouse Disney, confirm dia layan sampai terlelap. So, i dah pro dengan Playhouse Disney punya cartoons; Special Agent OSO, Handy Manny, Dibo the Gift Dragon etc etc. haha. kadang kadang i gelak sorang-sorang je sebab i tau cartoons kat Playhouse Disney which is very very rare remaja macam i tau eheh :)
Lepas Lyssabelle bangun, its bath time, which is her favorite thing, bermain air. Dengan i sekali basah kuyup. Orang nak mandikan dia, dia sibuk nak berenang. So cute! Sibuk nak pegang shampoo, shower gel, shower tu pun sibuk nak pegang. Then siap siap tunggu mummy datang. Kadang kadang Lyssabelle akan mintak 'Tu Tu'; i confuse dia nak Upin Ipin (True True True) or Susu. Cepat laah cakap betul betul budak kecik ni :)
Mummy Lyssabelle kena cari babysitters lain lepas ni.Cynaz dah nak start school at KLMU.i pulak hari Selasa dah nak mula kerja.sekejap je i cuti, konon konon baru ingat nak lepak-lepak dua tiga bulan sebelum mula kerja, tapi rezeki dah sampai.lagipun i perlukan duit.I HAVE NEEDS (or lust).bahahahahaaa :D



No comments:
Post a Comment