Showing posts with label craziness. Show all posts
Showing posts with label craziness. Show all posts

Saturday, April 23, 2011

Masters?

Yes. Well, target I untuk education, I nak get Masters. Bukan untuk naik pangkat ke gaji ke, tapi semata-mata untuk self-satisfactory. Dalam hati dah berkobar-kobar nak sambung belajar, tapi belum sampai seru lah. Ditambah lagi dengan stressful job, I dont even have time for myself.

Bila duduk termenung, rasa macam susah je nak sambung study ni. Betul la orang selalu cakap, kalau nak ngaji, biar sampai habis, jangan berhenti belajar-kerja-lepas tu konon konon nak sambung belajar balik. Sebab ni lahh, lepas dah kerja, susah yang amat nak sambung belajar.

Banyak yang berserabut selirat dalam kepala nie:



Ramai betul yang bagi opinion, so bertambah lagi serabut kepala I -_-'

Uncle A said:

u get your masters degree first...enjoy your life ..get a better job ( a stable one lor) when you reach 27 ..then kahwin lor... at least you can afford to buy your own car and house first...before getting married...


Ustazah said:

kahwin la dulu..jgn terlalu lewat..byk faktor yg perlu kahwin itu dipercepatkan..Masters boleh part time or full time jg..jika dah sampai jodoh,takkan kemana..sambung blja jg penting..


Nad said:

klu rs beban...syeeqa wt coursework....smbl keje wt master...then ade jodoh kawen....mungkin ade hikmah disebaliknya...waaa pandai jer nasihatkan orang,padahal nad nie pn dlm dilema....tp bkn kawen n master nad nye keje atau master..hehehe

dan banyak lagi comments yang me-nyerabutkan kepala ni.


*Semalam siap telefon Mama pesan mintak belikan nombor pin nak apply Masters. Sekarang dah was-was nak ke tak nak*


So friends?

Saturday, June 26, 2010

A Conversation

Tadi i ke satu majlis perkahwinan di Shah Alam, bertemakan warna ungu dan hijau. Kedua pengantin adalah sahabat baik kepada teman i. Baru berusia 22 tahun, sebaya i. Baru tamat menuntut di Politeknik. I bertanya pada teman i,

ehh, cepatnya kahwinnn.

emm jodoh diorang awal.

jodoh is one thing la kan..

dah tak tahan kot..haha

ngoks! tu lagi satu..tapi macam mana nak hidup sama-sama, dengan tak kerja.patutnya belajar lagi, tapi dah sibuk nak kahwin...blah blah blahhh.
*dan i terus bercakap di luar kawalan.
i ni memang favorite pandang depan jauh-jauh. dah sibuk pok pek pok pek pasal hal pengantin nak survive hidup berumah-tangga, beranak-pinak, nak maintain financial. i dah tolong fikirkan untuk pihak pengantin hehe. dan teman i jawab:

emm takpelah nanti kita kahwin lagi 3 4 tahun, i dah okay la hopefully by the time. i dah kerja, financial dah stabil, lepas tu kita kahwin buat anak banyak-banyak. satu team bola okay!
*muka lelaki gatal, larikkkk!*

*blush* hotak ko satu team bola, you beranak sendiri laa. ehh ada i cakap ke i nak kahwin dengan you? wekkk!

kita usahakan laah :) usaha doa tawakkal
*macam motto orang dah berserah habis depan dewan exam hehe

wow i sangat kagum dengan perseverance you ♥
keep it up for a few more years!

Saturday, June 12, 2010

Definisi Semula: Noor Syafiqah

hello.nama saya Noor Syafiqah berumur 22 tahun. kebelakangan ini, saya rasa diri semakin matang. mungkin kerana sudah memasuki alam pekerjaan, terasa diri semakin tua. haha tidakkkk!

saya selalu termenung memikirkan masa depan. bagaimana mahu menguruskan segalanya. beli rumah, kereta, insurans, perbelanjaan harian etc etc. DAHULUnya saya selalu berangan bila lah akan mendampingi lelaki kacak dan kaya. bila akan dapat bergaya dengan Louis Vuitton dan Stuart Weitzman. bersiar-siar di mall, masuk setiap kedai di lorong eksklusif dan keluar dengan membawa beg kertas berjenama yang membuatkan orang melihat. haha fantasi setiap gadis muda kan?

saya sudah terasa yang saya mempunyai komitmen. saya seorang yang takut kepada komitmen,DAHULU. sekarang saya mula menerima yang dalam hidup, walaupun saya lah hero dalam kisah saya, kadang-kadang orang lain akan didahulukan daripada saya. orang orang yang sentiasa menjadi nombor satu dalam hidup saya, mereka yang akan saya dahulukan. dahulu, saya selalu rasa saya yang paling penting dan mengapa saya perlu pentingkan orang lain. memang selfish. apa apa pun, mesti saya yang nak dahulu. orang lain kemudian.

saya seorang WORKAHOLIC! ya. buktinya, saya memang tidak boleh tidur malam bila kerja di pejabat tidak dapat disempurnakan pada hari tersebut. puas mengiring, meniarap, terlentang masih tidak mampu melelapkan mata -_-" dulu lecturer eco selalu ingatkan, bila interviewer tanya apa weakness, sila jawap saya seorang yang tidak boleh tidur malam, restless bila kerja di pejabat tak siap. bila DAHULU, kerja assignment bertingkat atas meja study, sebelah mata pun tak tengok, masih mampu menonton drama korea yang panjang, main game, dan tidur dengan tenangnya. assignment cuma picisan.bila sehari dua lagi tarikh hantar, baru menggelabah nak buat semuanya.

satu lagi. sekarang, saya tak suka melayan emosi sendiri. rasanya parah kalau ikutkan emosi.akal fikiran lawannya emosi. sentiasa gunakan akal, bukan emosi. emosi kalau dilayan, semua kerja tak dapat dilangsaikan dengan sempurna. pasti ada cacat celanya. terbukti! DAHULU, saya sering ikutkan emosi. dan padahnya, hah padan muka saya kan. hehe. tapi semenjak itu, saya mula mengawal emosi, menggunakan akal walau kadang-kadang tersasar -_-" dan kini pengawalan semakin baik hehe.

kawan. teman. sahabat. saya mula memilih kawan, setelah insiden tersebut. saya asalnya bukan seorang yang memilih, sesiapa sahaja boleh berteman dengan saya. cuma kini saya takut saya akan disakiti. bila bab bab berkawan, saya rasa insecure. masih dalam keadaan rapuh. masih memerlukan pemulihan. DAHULU, semua menjadi teman saya. mungkin sekali itulah kesilapan terbesar yang saya lakukan. saya menjadikan pengalaman tersebut sebagai tunjuk ajar untuk masa masa akan datang.


akan sangat merindukan zaman ini :)

Wednesday, May 5, 2010

gemuruh.keliru.panas.serabut

masih sedar.gemuruh.keliru.panas.serabut.tak suka perasaan yang bercampur baur.gayanya bak hilang segala deria.

gemuruh atas sebab temuduga kerja esok hari (last menet baru nak buat company research haha padan muka i kan!) and guess what, i tengah consider nak attend atau tanak interview tu haha.

keliru;ahh tentu sekali you.amat sinonim dengan keliru.i tau, you busy. your lifestyle memang busy. tapi sampai bila eh? i ni manusia biasa. i have feelings too. just pray that i wont walk out on you. i suka walk out on people. its sooo damn easy babyyyy. *i blackmail you ni!*

panas cuaca yang makin menjadi-jadi sejak akhir ini.global warming kata orang.kalau i kata dosa manusia dah bergunung-gunung,so sebab tu panas okay?muka cantik, pakai sopan, belajar pandai tapi buat perangai tak senonoh sana sini kasi malu mak ayah. pastu dah terberanak, pandai pulak nak buang anak! heh. ape nak jadi la kan.

serabut; akan berlaku dalam 3 4 hari ini, papa & mama pergi honeymoon, so i jadi chief kat umah yeay! ada 3 little devils under my supervision. 3 little devils dengan jadual masing-masing yang pack macam gilaa, matilah i kena catch up dengan schedule mereka.

i nak cakap banyak, tapi tangan dah penat menaip
*penat chatting dengan adam.TQ;you did help a lot :)

Sunday, May 2, 2010

Jejaka Idaman

title entri macam perempuan gatal nak kahwin kan haha :) ehem ehem, belum ready mental dan fizikal. entri ini bertujuan nak berkongsi dengan you all, favorite FAVOURITE actors. yang i setiap kali tengok, i akan jatuh cinta like every single time. hebat kan? hahaha.

ever heard of Triple X (XXX)? ohh yeah, lelaki idaman kalbu. melts! MR VIN DIESEL, si badboy botak haha. yang ini, i jatuh cinta dengan kepala botak dia seriously. orang pertama yang so beautifully bald! dan i suka sangat badboy :) yes vin diesel sangat badboy okay. roar!


dan lelaki idaman i yang satu lagi (iskh banyak betul kan), DWAYNE JOHNSON. ahaa, yang penggusti sexy tu. i memang suka dia since dia WWF lagi, sebelum berlakon lagi. tapi lepas berlakon, bertambah-tambah jatuh cinta laa i tengok. i boleh senyum sorang-sorang tengok dia berlakon tau! hehe *winks*



MR HUGH JACKMAN! drooling drooling heh handsome gila la mamat ni. dengan tiada sebab yang rigid, i boleh suka dia, padahal i tak pernah tengok movies dia pun. mungkin sebab muka dia hot kot (heh body pun hot weh!) pernah disenaraikan sebagai SEXIEST MAN alive! that is sooo sexy Mr. Jackman.



haha taste i okay je. tak tinggi mana ;)

Sunday, April 25, 2010

The Strategic Planning


heh.tajuk kasik gempak.ceh.teringat sem 5 blaja strategic management macam separuh mati.hehe.okay.okay, i nak bagitau yang officially my student's life is over. alhamdulillah, with lots of taste in it.manis,pahit,masam,payau,kelat macam-macam. sedih meninggalkan dunia sekolah.tsk.tsk. ya, dunia dewasa menanti. iskh.

normalnya, seorang dewasa akan bekerja untuk menampung keperluan seharian. dan ya, i belum sempurna sebagai seorang dewasa. sebabnya? i jobless! masih tercari-cari pekerjaan yang boleh diterima jiwa. haha. takde maknanya, i'll accept if the pay is good. $$$ ;) so sekarang tiap-tiap hari selak paper (sampai hitam-hitam tangan & muka i kena karbon paper kot) cari kerja. sambil-sambil tu i plan hidup i sikit-sikit. put some target here and there. heh. i tak pandai plan. sebab i procrastinator. hehe.

apa yang tercatat, hanya sekadar plan. kalau menjadi, alhamdulillah :)
plan untuk lima tahun akan datang:

1. kerja. yang halal of course. with good pay (penting ni.kena highlight). good environment of working

2. phone. 1 iphone, 1 bb :) i memang la ada passion yang mendalam terhadap gadget-gadget.

3. laptop. apple if possible.

4. car. i nak start with something small la dulu, unless i dibela oleh ayah gula *winkwink*

5. house. i nak apartment, boleh buat banyak aktiviti-aktiviti terlarang. gahahaha

6. seni. impian zaman kanak-kanak i. bukan yang menyanyi, tegedik-gedik atas pentas tu.

7. masters (overseas) ni lepas kawen la tapi. hahaha.


reach for the star, baby ;)

Thursday, April 22, 2010

7 Steps to Make-Up

hello :) its been a while kan. sorry, ni semua gara-gara i tak pandai planning; semua nak last minute. memang parah i few days back, but alhamdulillah, i get through it. i unofficially dah habis belajar.oyeah!ehemm officially nya nanti bila i attend convocation laa ;)

okay, hari ni, i nak share one secret, cehh, takde la secret mane pun. kawan-kawan, kenalan, sepupu sepapat, semua suka tanya i make-up macam mana, cantik lah, gebu lah, rata lah. meh makcik-makcik, i bagitahu you guys.

1. first of all, sebelum nak apply make-up, kene cuci muka. tak kesah la pagi,petang,siang malam, mesti bersihkan muka i dulu.

2. then selalunya, i akan pakai mosturizer. tapi sekarang i pakai Bio-Oil. fungsinya sama, untuk melembapkan kulit plus extra functions.

3. next, this is my favorite type of make-up. the Silky Girl's liquid foundation. bila i tepek kat muka, awww flawless! terus sekata warna kulit. untuk pemilihan foundation, perlu berhati-hati atau muka akan menjadi warna pelik dan jangan terkejut jikalau anda menjadi tumpuan ramai. hehe.

4. kalau rajin, i akan tepek sikit Maybelline's compact powder (optional), followed by concealer. fungsi concealer, untuk menutup segala macam bekas-bekas jerawat dan parut yang tidak diingini :)

5. The Body Shop liquid eyeliner is next.i suka pakai liquid, sebab warna hitam yang mantap. kalau pakai pensel, warna hitam tu, macam alahaiii.at first memang selalu comot, but hey practice make perfect kan?

6. another make-up stuff yang i suke is Silky Girl's mascara.orang selalu tertipu tengok mata i yang galak, lepas ditarah eyeliner & mascara. macam mata kucing kata orang. i tak pakai fake eyelashes, mama cakap bulu mata i dah cukup panjang and seriously, she's so jealous with it! and yes, i tak pandai apply eyeshadow, still learning from the best, mama :D

7. lastly, lipstick. i suka earth@natural colour. tapi untuk kelihatan lebih cantik, mama suggest pink. mama belikan i coloured gloss from the brand Farmasi.and as always, she's right.


heh.dalam kereta pun sempat lagi tu :)


7 simple steps within 10 minutes :)
i dont get too choosy about the make-up, as long as they safe & nice, im okay with it.
so dah tau kan dear friends and cuzzies?


plus, we dont have to do the photoshop to covers all the flaws kan? ;)

Saturday, April 10, 2010

Azam Baru


saya selalu rasa diet, yang kadang-kadang saya gelar sekatan makanan *kejam ouh!* tak akan berkesan untuk saya.bukannya tak pernah, tapi paling kuat pun 2 bulan, lepas tu mulalah cravings sana sini.paling tak tahan bila lalu depan starbucks.seakan-akan ada tarikan graviti ;) dan yang pasti saya akan keluar dengan 1 creambased caramel frapp ♥ yummehhh!

dulu pernah diet carbs - jangan makan carbs utama - NASI. mula nak start, memang payah yang amat. tapi lepas tu, tengok nasi pun tak mahu. poyo kan. makan macam mat salleh. sume steamed food. tapi at one point, saya akan rasa nak sangat makan nasi, ditambah lagi ada chef hebat di rumah. nasi goreng biasa pun sedap, nak makan sampai bertambah-tambah.

azam baru saya (cehh, dah suku tahun baru ada azam kan) nak masuk gym. boleh? selain menyihatkan badan, saya boleh cuci mata dengan melihat trainer-trainer yang begitu panass! kan kan? :D lagi dengan godaan makanan yang dah bermacam-macam & tak kurang juga nafsu makan yang sangat tinggi, saya rasa gym adalah penyelesaian hebat. tak begitu?

cehh.berangan nak abs macam Fergie.gagahaha.


Saturday, March 27, 2010

My Date Night

hello.entri kali ini macam corny sikit, sebab i nak cerita pasal date i yang paling best dengan boyfriend i yang paling best!*winkwink* okay, jom flashback! tahun 2003, time tu i form 3 kot (hahaa, i tau, muda remaja dah gatal kan nak pergi dating ;p) tak sedar diri nak PMR, sibuk bercinta. teehehe.




my boyfriend's name is ezrin. captain of basketball team & one of those kids who have passion in skateboard. handsome gilaa!ehehe. and yes, of course laah the family tak tau pasal kisah cinta puppy kami. comel kan? bercinta zaman sekolah paling sweet actually. seronok kalau terkenang balik. iskh.

and so this one day, ezrin ajak i kuar dating. *kitorang pergi KLCC, trend kot time tu, budak muda remaja berkepit kat KLCC dengan bangganya!* i cakap dengan mama, i nak keluar dengan kawan-kawan tengok movie;padahal keluar dengan ezrin. kalau mama tau la anak dia tipu, mesti i dah kene kejar satu taman dengan penyapu. ahahaha. ehem ehem, back to the story, kitorang pergi tengok movie THE MATRIX, tapi tak ingat which one. Keanu was sooo hot *drooling*

and then, kitorang jalan-jalan dalam KLCC sambil window shopping. dah penat window shopping, then ezrin beli lollipop and ajak i duduk kat park depan air pancut.it was a cold windy night, really. so sambil makan lollipop depan air pancut, dia confess. i rase macam muka i panas je; rupenye i was blushing like crazy *^^* heh.rase macam nak lari pun ade time tu.malu gilaa i.

'i wanted you to be the one and only for me.
if we will be sent out to different school after this,
i wanted you to know that i'll always love & miss you,
no matter what dear!i just know that you are the one for me'

terharu i bila dengar macam tu ;'(
and then, dia bagi i this lil skateboard; warna biru *his favourite thing & favourite colour*

and after PMR, we were sent to different boarding school, because of our outstanding academic performance. the lil skateboard is the one thing that i carried around almost everywhere!

and i simpan that lil skateboard in my sweet memories box sampai hari ni, even i & ezrin dah ikut haluan masing-masing. jangan salah anggap wei, i dah takde feeling dah, its just that it was really something to be cherish :) and i suka ingat kisah-kisah kami. SWEET! and we are friends now. The Puppy Love is CUTE kan?

'poster'