Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

5 Signs : Cheating Boyfriend


kebelakangan ini, banyak girlfriends yang clash. surprisingly, those yang i ingat akan kekal sampai ke jinjang (eh betul ke i eja ni hehe) pelamin, yang itu yang tak jadi. kesian i tengok, ke hulu ke hilir sama-sama sampai empat lima tahun, at last habis macam itu je. dah tu, semua kena tipu dengan buah hati pengarang jantung la konon! i selalu paranoid bab-bab macam ini.

maybe sebab itu i takut dengan relationship. bercinta bertahun-tahun pun belum tentu dah kenal dengan hati budi masing-masing kan? *cehh! so i pun dengan rajinnya menulis entri ini untuk GIRLS & LADIES di luar sana. *sebenarnya i takde kerja, i boring so i wanna share something hehe :)

okay, i ade top 5 tanda-tanda boyfriend (akan) curang:

1. Aktiviti online yang suspicious.
Internet memang a good hub untuk mencari jodoh. tapi lelaki lelaki yang dah ada awek cantik gebu baik hati, buat apa lagi nak tergedik-gedik mencari teman? i jijik tengok laman-laman sosial yang penuh dengan nama-nama seperti teruna single, bujang kacak, putera kesepian etc etc *nama-nama yang memang menarik perhatian la konon. *muntah* lagi satu, chatting. dari chatting, berbagai-bagai orang dari merata tempat dapat kenal. sanggup duduk depan laptop sampai mata dah macam panda semata-mata nak chatting dengan awek baru kenal.

2. Perubahan ketara dalam jadual harian
Biasa kalau kita lihat boyfriend-girlfriend kalau nak pergi mana-mana pun nak kena hantar text report kat pasangan masing-masing kan? sebenarnya berguna la hantar-hantar report ni. i rase macam mengada je, nak pergi mana-mana, nak bagitau, macam poyo haha. so actually dari report-report tu semua, pasangan boleh track down the activities. secara tak langsung, you akan tahu apa dia selalu buat from Monday-Sunday. Kalau ada perubahan dalam jadual dia, pay ATTENTION, he might have plans on cheating on you babyyy!

3. Jarak Emosi
Orang baru bercinta (budak baru nak naik la katakan) hot hot je kalau tengok. 24 jam berkepit. kalau tak jumpa RINDU sangat. sepanjang masa nak texting. Kalau boleh Facebook's wall akan penuh dengan komen-komen dari pasangan. tapi bila makin lama dalam relationship, biasalah makin lama makin kurang hot. Sebab mula-mula excited, makin lama pasangan dah rasa stable in loving & comfortable phase; lebih kepada komitmen. tetapi, mesti you all boleh sense punya kan kalau pasangan you macam pelik sikit. kadang-kadang bila you cakap, dia ada depan you, tapi otak melayang ntah ke mana.

4. Kurang Masa Bersama
Macam i cakap tadi, awal-awal heh, macam belangkas! sampai kawan-kawan naik mual tengok haha. but still girls, you kene consider, maybe pasangan you ada komitmen lain. jangan nak merajuk-merajuk tak pasal. buruk la perempuan tua merajuk haha. so, as a very understanding girlfriend, kene lah faham kan :) but, kalau sampai bila ajak jumpa je busy busy, as if dia mengelak, you kena siasat. upah personal investigator tengok apa dia buat sampai busy sangat.

5. Instinct
Lastly, percaya pada instinct. selalunya ia adalah benar. wait, this doesn't apply on full-of-jealousy girlfriends alright? haha tapi i rasa, instinct je tak cukup without logik akal dan bukti. sebelum serang dapatkan bukti dahulu. thats the best way of attacking. your enemy get weaken instantly. hehe :) kalau tuduh tanpa bukti, nanti memang lain ceritanya. so be very careful.

better take good care of your man, ladies :)

Wednesday, May 5, 2010

Interview Kerja I

hari ni interview dengan United Overseas Bank.mula-mula tanak pergi pemalas!tapi sebab ada ehem ehem motivator bagi semangat sikit, terus i teruja nak pergi :) hari tu, encik Meng Lee dari HR UOB call, cakap interview pukul 4.30pm.so macam okay.tak pagi sangat *tak terganggu jadual tidur i hahaa* so i gerak awal tadi, lepas hantar si bongsu pergi kelas agama & mengaji quran, i pergi Bukit Bintang, sebab tempat interview kat The Royale Bintang.

i sampai around 3.15 pm. sampai-sampai of course pergi touch up dulu, mekap cair sebab jalan lama sangat bawak matahari. lepas touch up, i terus pergi tempat register untuk interview. NASIB BAIK lah! i sampai awal. sebab semua candidates kena isi forms and tulis essay. heh. ntah ape-ape la, dalam email & verbally takde pulak mention ape pun.pencil case pun tak bawak, lucky, ade 1 pen hitam 1 pen biru.

so i pun start goreng essay. ade 4 soalan;pilih satu. i pilih soalan 'who do you adore the most in the working sector' ahh sudah.siapa siapa.tu la memang tak suka baca paper tengok berita.i pun letak la CEO KFH(M)B, Jamelah Jamaludin *tak sia-sia i intern kat sana, at least i do know that lady :) tengah syok menulis, pen abis ink. panas panas. dah sudah. karangan i separuh black pen, separuh blue pen. *chantek*

next step.tunggu interviewer panggil.haha tersengguk sengguk i tunggu.dah la kat luar hujan; dalam air-cond full blast.and at last my name was called. dupdap dupdap la pulak.macam biasalah interview, kenalkan diri, pokpek pokpek sikit, biggest achievement, strengths, weaknesses dan kecenderungan i dalam banking system.peh time tu i rasa i tukang masak laah, habis i goreng semua. *dengan muka confident :) lepas 1st interview, i was shortlisted.so kena tunggu second interview.time tu dah about 6.00pm

bila second interview, i was called about 7.00pm, lagi bertambah cuak!penat la i nervous-nervous, sekali second interview sangat sempoi.ala-ala macam cerita childhood dreams sambil lepak minum cream-based caramel frapp di starbucks.hehehe.it was easy and awesome.really!yang paling i rasa nak gelak, the interviewer siap tanya 'why is your father's name is like this, i means its very unique.' ahh sudah.lepas i jawab soalan tu, banyak pulak branches question pasal family i.tu yang drag sampai 8.00pm.

so now, just wait & see.sangat berharap dapat kerja ni.dah tak boleh duduk rumah diam-diam.nak kumpul duit nak kahwin okie! *gatal jap*




Thursday, April 22, 2010

7 Steps to Make-Up

hello :) its been a while kan. sorry, ni semua gara-gara i tak pandai planning; semua nak last minute. memang parah i few days back, but alhamdulillah, i get through it. i unofficially dah habis belajar.oyeah!ehemm officially nya nanti bila i attend convocation laa ;)

okay, hari ni, i nak share one secret, cehh, takde la secret mane pun. kawan-kawan, kenalan, sepupu sepapat, semua suka tanya i make-up macam mana, cantik lah, gebu lah, rata lah. meh makcik-makcik, i bagitahu you guys.

1. first of all, sebelum nak apply make-up, kene cuci muka. tak kesah la pagi,petang,siang malam, mesti bersihkan muka i dulu.

2. then selalunya, i akan pakai mosturizer. tapi sekarang i pakai Bio-Oil. fungsinya sama, untuk melembapkan kulit plus extra functions.

3. next, this is my favorite type of make-up. the Silky Girl's liquid foundation. bila i tepek kat muka, awww flawless! terus sekata warna kulit. untuk pemilihan foundation, perlu berhati-hati atau muka akan menjadi warna pelik dan jangan terkejut jikalau anda menjadi tumpuan ramai. hehe.

4. kalau rajin, i akan tepek sikit Maybelline's compact powder (optional), followed by concealer. fungsi concealer, untuk menutup segala macam bekas-bekas jerawat dan parut yang tidak diingini :)

5. The Body Shop liquid eyeliner is next.i suka pakai liquid, sebab warna hitam yang mantap. kalau pakai pensel, warna hitam tu, macam alahaiii.at first memang selalu comot, but hey practice make perfect kan?

6. another make-up stuff yang i suke is Silky Girl's mascara.orang selalu tertipu tengok mata i yang galak, lepas ditarah eyeliner & mascara. macam mata kucing kata orang. i tak pakai fake eyelashes, mama cakap bulu mata i dah cukup panjang and seriously, she's so jealous with it! and yes, i tak pandai apply eyeshadow, still learning from the best, mama :D

7. lastly, lipstick. i suka earth@natural colour. tapi untuk kelihatan lebih cantik, mama suggest pink. mama belikan i coloured gloss from the brand Farmasi.and as always, she's right.


heh.dalam kereta pun sempat lagi tu :)


7 simple steps within 10 minutes :)
i dont get too choosy about the make-up, as long as they safe & nice, im okay with it.
so dah tau kan dear friends and cuzzies?


plus, we dont have to do the photoshop to covers all the flaws kan? ;)