hello.nama saya Noor Syafiqah berumur 22 tahun. kebelakangan ini, saya rasa diri semakin matang. mungkin kerana sudah memasuki alam pekerjaan, terasa diri semakin tua. haha tidakkkk!
saya selalu termenung memikirkan masa depan. bagaimana mahu menguruskan segalanya. beli rumah, kereta, insurans, perbelanjaan harian etc etc. DAHULUnya saya selalu berangan bila lah akan mendampingi lelaki kacak dan kaya. bila akan dapat bergaya dengan Louis Vuitton dan Stuart Weitzman. bersiar-siar di mall, masuk setiap kedai di lorong eksklusif dan keluar dengan membawa beg kertas berjenama yang membuatkan orang melihat. haha fantasi setiap gadis muda kan?
saya sudah terasa yang saya mempunyai komitmen. saya seorang yang takut kepada komitmen,DAHULU. sekarang saya mula menerima yang dalam hidup, walaupun saya lah hero dalam kisah saya, kadang-kadang orang lain akan didahulukan daripada saya. orang orang yang sentiasa menjadi nombor satu dalam hidup saya, mereka yang akan saya dahulukan. dahulu, saya selalu rasa saya yang paling penting dan mengapa saya perlu pentingkan orang lain. memang selfish. apa apa pun, mesti saya yang nak dahulu. orang lain kemudian.
saya seorang WORKAHOLIC! ya. buktinya, saya memang tidak boleh tidur malam bila kerja di pejabat tidak dapat disempurnakan pada hari tersebut. puas mengiring, meniarap, terlentang masih tidak mampu melelapkan mata -_-" dulu lecturer eco selalu ingatkan, bila interviewer tanya apa weakness, sila jawap saya seorang yang tidak boleh tidur malam, restless bila kerja di pejabat tak siap. bila DAHULU, kerja assignment bertingkat atas meja study, sebelah mata pun tak tengok, masih mampu menonton drama korea yang panjang, main game, dan tidur dengan tenangnya. assignment cuma picisan.bila sehari dua lagi tarikh hantar, baru menggelabah nak buat semuanya.
satu lagi. sekarang, saya tak suka melayan emosi sendiri. rasanya parah kalau ikutkan emosi.akal fikiran lawannya emosi. sentiasa gunakan akal, bukan emosi. emosi kalau dilayan, semua kerja tak dapat dilangsaikan dengan sempurna. pasti ada cacat celanya. terbukti! DAHULU, saya sering ikutkan emosi. dan padahnya, hah padan muka saya kan. hehe. tapi semenjak itu, saya mula mengawal emosi, menggunakan akal walau kadang-kadang tersasar -_-" dan kini pengawalan semakin baik hehe.
kawan. teman. sahabat. saya mula memilih kawan, setelah insiden tersebut. saya asalnya bukan seorang yang memilih, sesiapa sahaja boleh berteman dengan saya. cuma kini saya takut saya akan disakiti. bila bab bab berkawan, saya rasa insecure. masih dalam keadaan rapuh. masih memerlukan pemulihan. DAHULU, semua menjadi teman saya. mungkin sekali itulah kesilapan terbesar yang saya lakukan. saya menjadikan pengalaman tersebut sebagai tunjuk ajar untuk masa masa akan datang.

akan sangat merindukan zaman ini :)

3 comments:
Noor Syafiqah:
Definisi diri semula.
So, kita kena mula semula la.
Hai. Nama saya tort. Boleh berkenalan?
p/s: apesal xbukak ym? cis. mentang2 dpt 4flat.
uitm? :)
tort: hai.nama saya syeeqa si cantik gahahaa :)
izzati: yep.mana tau?
Post a Comment