Saturday, August 29, 2009

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan buat semua.
Semoga bulan yang mulia ini dipenuhi dengan amal ibadah.
insyaallah..
p/s: Masih mencari kesempurnaan dalam diri.

Monday, August 17, 2009

Achikeboo~













new pretty pics of her.getting naughtier day by day.. :p

Wednesday, August 12, 2009

pasanganku tidak kacak

tertarik aku akan satu perbualan hangat.yang mana aku hanya jadi pendengar pasif.mungkin kerna tidak mampu memberi ulasan selari.apatah lagi yang lain petah bercakap mempertahankan hujah masing-masing yang belum tentu lagi benarnya.ahh biasalah, perempuan.sesempurna mana seseorang itu, tetap akan dicari kesilapannya, walaupun sebesar zarah.apatah lagi yang memang terang-terang ada cacat celanya.

lalu aku ungkaikan semuanya disini.berat mulutku untuk berkata-kata, hanya jari jemari yang mampu menekan papan kekunci meluah rasa.berkenaan seseorang.seorang teman.teman biasa.yang kisah cintanya amat misteri.tidak pernah terlihat wajah insan yang berjaya mencuri hatinya,berhadapan mahupun di dalam gambar.pada aku,mungkin itu biasa.mungkin seperti sesetengah orang lain, dia menjaga rapi hal percintaannya. Namun apa yang aku kesalkan, andai kata apa yang aku dengar selama ini sahih, adalah sikap temanku ini.terlalu merendah diri.merendah diri yang mungkin lambat laun akan mencetuskan perasaan kecil hati buah hatinya.

ahh, aku tidak mahu mengulas lanjut.cuma aku ingin mengingatkan kau dan juga diriku.juga kepada teman-teman yang lain.tiada manusia yang sempurna.mungkin ada yang ditakdirkan untuk bersama dengan pasangan yang dikatakan lengkap pakejnya-kacak @ cantik,bijak,pandai,baik,soleh @ solehah etc.namun kecantikan paras rupa bukan kekal abadi.ianya sementara.sementara sahaja.padaku, mencari teman hidup haruslah seseorang yang mampu menerimaku dengan sepenuh hati, menerima segala cacat celaku, melengkapi sebahagian diriku yang masih belum sempurna dan mampu membimbingku ke jalan yang benar.paras rupa hanyalah suatu bonus.jikalau kau telah bertemu dengan teman hidupmu, jangan malu atau merendah diri tatkala wajahnya tidak sekacak brad pitt atau mungkin fahrin ahmad atau tidak se'hot' angelina jolie atau mungkin fasha sandha.terimalah pasanganmu dengan hati terbuka, dan ucapkan terima kasih kepada allah swt kerna telah mengurniakan seseorang yang amat serasi denganmu, yang mampu membuatkanmu bahagia.janganlah kamu malu dengan teman-teman hanya kerana pasanganmu tidak kacak atau cantik.itu bukan ciri yang terpenting.apa yang penting adalah kamu bahagia di samping pasanganmu itu.

p/s:i've been very emotional when im writing this.maybe because im not the pretty one.

Saturday, July 11, 2009

New Place

New semester.more students.we need to fight even for the air ;p
'thanks' to the new 1400 plus new students.


This is my final year;1st sem.i didnt manage to get a college.so me and my other 7 friends decided to rented a house.it took us about 3 days( we skipped classes on those 3 days) to find a comfy house for us.a lot of drama happened along the way.and we finally find it.it was not what exactly i had in mind, but its cool though.a kampung house; 2 bedrooms.surrounded by fruit trees ( i barely know about fruit trees,eshh kene blaja kenal pokok buah ni.stakat ni kenal pokok pisang & rambutan;tu pun sebab ade buah rambutan atas pokok ;p )


our new place is in Kg. Bukit Pupok.didnt really get the chance to know our neighbour because we are still new there plus busy unpacking our cargo.hahaaa ;)


the sad part is that my celcom broadband doesnt work over there.argggh.. ):
no more onlining 24/7 for me.no more fb addiction..~


p/s:i'll upload the pics later on.oh oh one more thing, the maxis reception is also not so good in the kampung.theres only certain spot in the house with the good reception.

Saturday, July 4, 2009

Pre-homesick

sambil menulis ini,
tahap pre-homesick semakin memuncak.
saya bukanlah seseorang yang gemar duduk di rumah
(sebab selalu dibuli adik-adik yang gangster & tak makan saman~),
tapi rumah lagi best dari belajar.huu.merapu.
nak tak nak,kena balik.
satu sem lagi.
tolonglah cepat tamat.mula pun belum.huh.
tsk.tsk.


packing pun tak abis.suka hati je.mama dah penat membebel.last skali diam.malas nak layan.esok lahh.nak check pen ade dakwat ke tak.bape baju kurung nak bawak.sume barang la kene double check.huu~
bila buat ni semua,jadi macam nak nangis.
even dah besar camni pun, homesick tu ada jugak.
bila naek kereta,sepanjang jalan diam.
mama cakap, tak jawap.buat hal sendiri.
melayan perasaan.


kawan-kawan,semoga sem baru akan lebih best.usaha sehabis baik.tapi jangan lupa enjoy life :)