tertarik aku akan satu perbualan hangat.yang mana aku hanya jadi pendengar pasif.mungkin kerna tidak mampu memberi ulasan selari.apatah lagi yang lain petah bercakap mempertahankan hujah masing-masing yang belum tentu lagi benarnya.ahh biasalah, perempuan.sesempurna mana seseorang itu, tetap akan dicari kesilapannya, walaupun sebesar zarah.apatah lagi yang memang terang-terang ada cacat celanya.
lalu aku ungkaikan semuanya disini.berat mulutku untuk berkata-kata, hanya jari jemari yang mampu menekan papan kekunci meluah rasa.berkenaan seseorang.seorang teman.teman biasa.yang kisah cintanya amat misteri.tidak pernah terlihat wajah insan yang berjaya mencuri hatinya,berhadapan mahupun di dalam gambar.pada aku,mungkin itu biasa.mungkin seperti sesetengah orang lain, dia menjaga rapi hal percintaannya. Namun apa yang aku kesalkan, andai kata apa yang aku dengar selama ini sahih, adalah sikap temanku ini.terlalu merendah diri.merendah diri yang mungkin lambat laun akan mencetuskan perasaan kecil hati buah hatinya.
ahh, aku tidak mahu mengulas lanjut.cuma aku ingin mengingatkan kau dan juga diriku.juga kepada teman-teman yang lain.tiada manusia yang sempurna.mungkin ada yang ditakdirkan untuk bersama dengan pasangan yang dikatakan lengkap pakejnya-kacak @ cantik,bijak,pandai,baik,soleh @ solehah etc.namun kecantikan paras rupa bukan kekal abadi.ianya sementara.sementara sahaja.padaku, mencari teman hidup haruslah seseorang yang mampu menerimaku dengan sepenuh hati, menerima segala cacat celaku, melengkapi sebahagian diriku yang masih belum sempurna dan mampu membimbingku ke jalan yang benar.paras rupa hanyalah suatu bonus.jikalau kau telah bertemu dengan teman hidupmu, jangan malu atau merendah diri tatkala wajahnya tidak sekacak brad pitt atau mungkin fahrin ahmad atau tidak se'hot' angelina jolie atau mungkin fasha sandha.terimalah pasanganmu dengan hati terbuka, dan ucapkan terima kasih kepada allah swt kerna telah mengurniakan seseorang yang amat serasi denganmu, yang mampu membuatkanmu bahagia.janganlah kamu malu dengan teman-teman hanya kerana pasanganmu tidak kacak atau cantik.itu bukan ciri yang terpenting.apa yang penting adalah kamu bahagia di samping pasanganmu itu.
p/s:i've been very emotional when im writing this.maybe because im not the pretty one.